Skip to main content

Singapura

Fungsi pengesahan vaksinasi TraceTogether kembali pulih setelah tidak boleh diakses pada Isnin

Fungsi pengesahan status vaksinasi pada aplikasi TraceTogether tidak boleh diakses buat sementara waktu pada Isnin (8 Nov) dengan sesetengah pengguna melaporkan tidak boleh mengaksesnya sejak lewat petang semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
Fungsi pengesahan vaksinasi TraceTogether kembali pulih setelah tidak boleh diakses pada Isnin

(Gambar: GovTech)

Diterbitkan : 09 Nov 2021 08:00AM Dikemas Kini : 09 Nov 2021 10:04AM

SINGAPURA: Fungsi pengesahan status vaksinasi pada aplikasi TraceTogether tidak boleh diakses buat sementara waktu pada Isnin (8 Nov) dengan sesetengah pengguna melaporkan tidak boleh mengaksesnya sejak lewat petang semalam.

Seorang pengguna Facebook dalam catatannya kira-kira pukul 6.15 petang berkata bahawa fungsi pengesahan status vaksin tidak boleh diakses sementara beberapa pengguna Twitter menulis catatan tentang isu itu sekitar pukul 7.45 malam.

Agensi Teknologi Pemerintah Singapura (GovTech) yang menghasilkan aplikasi itu dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (MOH), menyatakan dalam catatan Facebook pada pukul 8.25 malam bahawa ia sedang berusaha bagi menyelesaikan isu itu.

Ia menasihatkan premis-premis yang menjalankan pemeriksaan SafeEntry supaya memberi kebenaran masuk kepada para pengguna jika mereka tidak boleh menunjukkan status vaksinasi mereka.

Kira-kira pukul 9.25 malam, GovTech menyatakan dalam satu kemas kini bahawa fungsi itu sudah kembali pulih dan para pengguna boleh kembali menggunakan aplikasi itu untuk daftar masuk SafeEntry di pusat beli-belah, restoran dan tempat-tempat lain.

"Terima kasih atas kesabaran anda dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku," menurutnya.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita