FTA S'pura-Eurasia penting; cerminkan azam basmi amalan perlindungan, kata PM Lee
Singapura menandatangani beberapa komponen perjanjian perdagangan bebas dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU) di Armenia pada Selasa (1 Okt). Ia merintis jalan bagi hubungan perniagaan yang lebih baik antara Singapura dengan pasaran-pasaran kesatuan tersebut.
SINGAPURA: Singapura menandatangani beberapa komponen perjanjian perdagangan bebas dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU) di Armenia pada Selasa (1 Okt). Ia merintis jalan bagi hubungan perniagaan yang lebih baik antara Singapura dengan pasaran-pasaran kesatuan tersebut.
Di sidang media selepas upacara tersebut, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) itu signifikan kerana ia menunjukkan azam untuk menentang arus amalan perlindungan dagangan.
Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU) dianggotai Armenia, Belarus, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Rusia.
Pasaran kumpulan berkenaan bernilai sekitar AS$183 juta (S$253 juta) manakala GDP lima negara tersebut secara keseluruhannya bernilai AS$1.9 trilion (S$2.6 trilion).
Perjanjian Rangka Kerja dan Bukan Perkhidmatan serta Pelaburan di samping Perjanjian Khidmat dan Pelaburan Armenia-Singapura itu merupakan perjanjian perdagangan bebas menyeluruh EAEU yang pertama sejak kesatuan tersebut dibentuk pada 2015.
Selain menggalak hubungan EAEU-Singapura yang lebih rapat, PM Lee berharap ia juga akan merintis jalan bagi FTA antara EAEU dengan ASEAN.
Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan, Dr Koh Poh Koon, terlibat dalam rundingan FTA tersebut.
Menurutnya, perjanjian itu dapat diselesaikan selepas hanya tujuh kali rundingan rasmi yang bermula dua tahun lalu - sesuatu yang disifatkan PM Lee sebagai sangat cepat.
FTA tersebut ditandatangani pada akhir lawatan rasmi empat hari PM Lee ke Armenia, yang pertama oleh seorang Perdana Menteri Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.