Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

FTA dapat bantu kurangkan kesan daripada krisis masa depan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Mar 2022 10:32PM Dikemas Kini : 25 Mar 2022 10:35PM

SINGAPURA: Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) dengan berbilang negara dan rantau dapat membantu mengurangkan kesan daripada krisis-krisis masa depan.

Semasa berucap di sidang puncak perniagaan Apex siang tadi, Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan S Iswaran juga menambah bahawa FTA dapat memperkukuhkan lagi daya tahan rangkaian bekalan Singapura.

Selain membantu syarikat-syarikat meningkatkan perniagaan mereka, Encik Iswaran juga menambah bahawa FTA diperlukan untuk mempereratkan lagi hubungan dagangan.

Pandemik COVID-19 dan konflik di Ukraine menunjukkan bagaimana krisis dapat menyebabkan kenaikan kos barangan sejak kebelakangan ini.

Menurut Encik Iswaran, dagangan global harus dibina menerusi peraturan sistem berbilang hala, seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Sumber : Agensi berita/IA/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan