Frasers Property ambil alih blok belakang The Centrepoint pada harga S$391.9 juta
Frasers Property diberikan tender penjualan kolektif bagi blok belakang The Centrepoint pada harga S$391.9 juta, dalam langkah yang menurut kumpulan itu pada Jumaat (27 Feb) akan mengukuhkan kehadirannya di Orchard Road.
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Frasers Property diberikan tender penjualan kolektif bagi blok belakang The Centrepoint pada harga S$391.9 juta, dalam langkah yang menurut kumpulan itu pada Jumaat (27 Feb) akan mengukuhkan kehadirannya di Orchard Road.
Harga tender itu bersamaan dengan kadar tanah sekitar S$2,577 bagi setiap kaki persegi nisbah plot, selepas mengambil kira lanjutan tempoh pajakan dan caj peningkatan tanah.
Jumlah itu lebih rendah berbanding harga panduan S$418 juta yang ditetapkan apabila tapak tersebut yang merangkumi 132 unit strata pajakan, termasuk 66 unit kediaman dan 66 unit runcit, dilancarkan bagi penjualan kolektif pada awal Januari.
Dibina pada 1983, The Centrepoint, merupakan antara pusat beli-belah paling ikonik di Orchard Road. Ia terdiri daripada dua komponen - plot hadapan pegangan bebas dan plot belakang yang melibatkan pegangan pajakan.
Frasers Property menyatakan pemerolehan plot belakang itu akan meningkatkan “keupayaannya untuk memaksimumkan potensi tapak yang terletak di lokasi yang baik ini, sejajar dengan pelan nasional untuk memberi nafas baharu kepada kawasan Orchard Road”.
Ia turut menyatakan bahawa sebelum penjualan kolektif tersebut, pihaknya sudah pun memegang kepentingan majoriti dalam plot belakang berkenaan, dengan memiliki lebih 52 peratus unit berdasarkan keluasan strata.
Frasers Property juga merupakan pemegang saham majoriti dalam plot hadapan di bawah pegangan bebas itu, dengan memiliki sekitar 96 peratus unit berdasarkan keluasan strata.
Selain itu, ia memiliki sepenuhnya 51 Cuppage Road, sebuah bangunan pejabat 10 tingkat yang bersambung terus dengan The Centrepoint.
Mengulas berhubung pemberian tender penjualan kolektif bagi blok belakang itu, Cik Soon berkata: “Ini memberi kami fleksibiliti yang lebih besar untuk merealisasikan potensi jangka panjang tapak ini, termasuk menilai pelan untuk memberi nafas baharu yang lebih menyeluruh kepada kawasan tersebut.”
Beliau menambah, dari segi tawaran runcit, operasi di The Centrepoint “tetap berkhidmat seperti biasa”.
Sebanyak 151 unit runcit, termasuk yang terletak di bahagian hadapan The Centrepoint menghadap Orchard Road, tidak termasuk dalam penjualan en bloc tersebut.
The Centrepoint dibuka pada 1983 sebagai Centrepoint.
Pada zaman kegemilangannya, golongan remaja - digelar “Centrepoint Kids” - berhimpun beramai-ramai di pusat beli-belah tersebut.
Koridor di tingkat lima pusat beli-belah tersebut juga pernah menjadi tumpuan penari 'breakdance'.
Kompleks itu juga pernah menempatkan beberapa jenama tempatan terkenal, termasuk Cold Storage dan Robinsons, yang kedua-duanya kini tidak lagi beroperasi di pusat beli-belah tersebut.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.