Founders' Memorial lancarkan pameran mengenai sejarah SG, tampilkan dokumen mengenai perpecahan dari M'sia
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu pameran baru tentang perjalanan Singapura menuju kemerdekaan dan tahun-tahun pembangunan negara membuka tirainya pada Jumaat (21 Apr). Ia memaparkan kisah-kisah oleh pemimpin negara dan generasi pengasas seterusnya.
Pelbagai artifak dipamerkan di Muzium Negara Singapura sebagai sebahagian daripada projek perintis Tugu Peringatan Pengasas, yang dijadualkan dibuka pada 2027 di Bay East Garden di Taman Di Pesisiran.
Ini termasuk kotak merah yang pernah mengandungi dokumen-dokumen Perdana Menteri pengasas Lee Kuan Yew dan bahagian yang baru didedahkan yang dikenali sebagai Albatross Files, yang memperincikan perbincangan peringkat atasan yang membawa kepada perpisahan Singapura daripada Malaysia.
Pameran itu yang diberi nama Semangat Yang Baru: Forging A New Singapore Spirit juga memberi gambaran kehidupan pada masa lalu.
Pameran itu termasuk alat penimbang yang digunakan oleh para petani untuk menimbang babi, untuk menceritakan kisah bagaimana kehidupan mereka dipengaruhi oleh peralihan Singapura daripada perladangan.
KISAH CARA HIDUP DAHULU
"Apa yang kami cuba lakukan secara berbeza dalam pameran ini adalah untuk menceritakan kisah yang kurang diketahui," kata kurator Tugu Peringatan Pengasas Wong Lee Min.
“Sebagai contoh, apabila anda datang ke pameran ini, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang dilema yang dihadapi oleh para pemimpin dan generasi pengasas kita, mengenai pengorbanan yang perlu mereka lakukan, untuk majukan negara.”
Usaha mendapatkan sumbangan artifak daripada orang ramai menjadi keutamaan bagi pasukan Tugu Peringatan Pengasas.
Seruan terbuka mereka bagi objek dan cerita tentang Singapura pada tahun-tahun awalnya menerima lebih daripada 900 penyertaan, termasuk gambar Menteri Hal Ehwal Sosial pertama Singapura Othman Wok yang menyelia pembinaan bekas Stadium Nasional di Kallang.
"Sebagai anak perempuannya dan wakil keluarga, sudah sewajarnya saya ingin berkongsi seberapa banyak yang saya boleh, mengikut pengetahuan saya tentang arwah ayah saya," kata Puan Lily Othman, anak perempuan Allahyarham Othman Wok.
Pameran itu akan berlangsung sehingga hujung Oktober.
Pihak penganjur menyatakan maklum balas yang diterima akan membantu membentuk cara naratif akan disampaikan di galeri tetap Tugu Peringatan Pengasas.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.