Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Forum Facebook bagi bincang piawai masyarakat diadakan di S’pura tahun ini

Facebook merancang untuk mengadakan satu siri perbincangan awam tahun ini bagi mendapatkan maklum balas tentang piawai masyarakat syarikat tersebut dan Singapura akan mengadakan salah satu perbincangan tersebut pada ‘tahun ini’, menurut seorang eksekutif gergasi media sosial itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Forum Facebook bagi bincang piawai masyarakat diadakan di S’pura tahun ini

Naib Presiden bagi Pengurusan Produk Facebook Guy Rosen. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 16 May 2018 10:24AM Dikemas Kini : 16 May 2018 10:35AM

SINGAPURA: Facebook merancang untuk mengadakan satu siri perbincangan awam tahun ini bagi mendapatkan maklum balas tentang piawai masyarakat syarikat tersebut dan Singapura akan mengadakan salah satu perbincangan tersebut pada ‘tahun ini’, menurut seorang eksekutif gergasi media sosial itu.

Encik Guy Rosen, Naib Presiden Pengurusan Produk memberitahu Mediacorp dalam satu wawancara semalam (15 Mei) bahawa Singapura dan India adalah dua lokasi di rantau ini yang akan mengadakan Forum Facebook: Piawai Masyarakat.

Facebook merancang untuk mendampingi kumpulan-kumpulan masyarakat sivil seperti Majlis Celik Media, Persatuan Kajian dan Tindakan Wanita (AWARE) dan Maruah untuk mengetahui sama ada mereka berminat untuk turut serta, tambah syarikat itu.

Maklum balas kumpulan-kumpulan tersebut diperlukan bagi membantu Facebook “memahami konteks tempatan” dan keadaan di pasaran-pasaran berbeza dengan lebih baik lagi, jelas pegawai eksekutif itu lagi.

Forum tersebut diumumkan bulan lalu, apabila Facebook mengeluarkan garis panduan dalaman untuk menguatkuasakan piawai masyarakat.

Sumber : CNA/SM/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa