Forum Bersamamu 2023 kupas isu perkahwinan retak akibat kecurangan
Kecurangan merupakan punca utama kes-kes penceraian dalam kalangan pasangan Islam antara 2021 dan 2022.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kecurangan merupakan punca utama kes-kes penceraian dalam kalangan pasangan Islam antara 2021 dan 2022.
Perangkaan Jabatan Statistik Singapura (DOS) itu dikongsi Menteri Negara Pembangunan Negara, Dr Muhammad Faishal Ibrahim sewaktu sesi Forum Bersamamu di Masjid Sultan pada Jumaat (15 Sep).
Menurutnya, salah satu punca berlakunya kecurangan disebabkan penggunaan platform media sosial yang menjadikan kecurangan lebih mudah berlaku di antara pasangan.
"Dalam zaman teknologi ini, semua orang saling berkaitan, dan dapat mengenali seseorang dengan satu klik sahaja. Platform media sosial telah memudahkan kecurangan (antara pasangan). Kecurangan tidak lagi memerlukan interaksi fizikal.
“(Kesetiaan) bergantung kepada perwatakan seseorang individu dan asas sesebuah perkahwinan. Dalam membina keluarga-keluarga yang kukuh, pertama kita harus membina individu dengan perwatakan moral yang kukuh. Perwatakan kita mentakrifkan nilai kita dan bagaimana kita melihat tanggungjawab kita kepada keluarga,” kata Dr Faishal.
PENGLIBATAN KELUARGA; SOKONGAN UNTUK 'MANGSA KECURANGAN' JADI KEPRIHATINAN PESERTA
‘Setia Pada Yang Satu’ menjadi tema Forum Bersamamu 2023 kali ini.
Para peserta berpeluang mendapatkan panduan serta nasihat daripada para anggota panel termasuk pakar motivasi dan pengasas Happy Heart Hub Cik Hamidah Bahashwan dan mantan Mufti Negara, Ustaz Dr Fatris Bakaram.
Sesi selama 1.5 jam itu mengupas pelbagai aspek kecurangan daripada segi logik dan perspektif agama termasuk ciri-ciri dan punca kecurangan serta bagaimana ia dapat dielakkan.
Antara keprihatinan yang disuarakan para peserta ialah campur tangan ahli keluarga yang lain dalam menangani isu-isu rumahtangga dan bantuan bagi pasangan yang mengalami kecurangan.
"Ini langkah awal dan kita berharap bahawa ini sebagai salah satu bentuk pencegahan, pendidikan pencegahan sebelum kita berhadapan dengan masalah yang jauh lebih luas.
"Jadi kita mungkin akan memikirkan bagaimana dalam sesi pertemuan di antara kadi sebelum bernikah agar isu ini dapat juga diketengahkan dengan cara yang lebih bijaksana dan hemah agar pasangan sedia maklum bahawa ini antara cabaran-cabaran yang bakal mereka hadapi selain cabaran-cabaran yang lain," kata Pendaftar Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM), Ustaz Nor Razak Bakar.
LEBIH 23,000 SUDAH SERTAI BERSAMAMU
Dr Faishal berkata usaha bagi mengukuhkan keluarga-keluarga Islam penting dalam pelan nasional untuk membina keluarga yang utuh di Singapura.
Menurutnya peranan Kadi dan Naib Kadi telah berkembang kepada usaha menyokong para pasangan dalam tahun-tahun awal perkahwinan mereka.
Sejak diperkenalkan pada Julai 2019, program Bersamamu tersebut telah menarik lebih daripada 23,000 pasangan.
"Saya dapat melihat bagaimana kadi dan naib kadi kita mereka bukan sahaja membuka hati mereka, mereka meluaskan khidmat, pendekatan dan juga tanggungjawab mereka demi untuk membangunkan keluarga yang kukuh dalam masyarakat kita. Kerja-kerja ini bukan mudah. Mereka juga menghadapi cabaran masing-masing. Dan mereka menyatakan tanggungjawab mereka itu penting dan mereka meneruskan usaha ini untuk menolong kita untuk membangunkan keluarga yang kukuh," jelas Dr Faishal yang juga Menteri Negara Ehwal dalam Negeri.
Dr Faishal menggesa para pasangan untuk meraih manfaat daripada khidmat yang disediakan sekiranya menghadapi masalah.
"Saya menggesa setiap pasangan untuk mendapatkan bantuan awal, jikalau ia menjadi keperluan. Bantuan tersedia di masjid-masjid berdekatan. Para Pegawai Agama Masjid (MRO) telah menjalani kursus untuk membantu pasangan dan di mana kemampuan mereka terhad, para pasangan akan ditujukan kepada pakar yang khusus.
"Anda juga boleh mendapatkan bantuan pakar profesional kaunseling hal ehwal perkahwinan di pusat-pusat perkhidmatan keluarga Strengthening Families Programme@Family Service Centres (FAM@FSCs). Khidmat kaunseling ini diberikan secara percuma," ujar Dr Faishal.
Menurutnya jaringan sokongan bagi pasangan Muslim kini lebih luas.
"Baru-baru ini, jaringan sokongan bagi pasangan-pasangan kita diperluaskan lagi. Saya gembira kerana kami juga telah menerima sokongan para asatizah wanita daripada Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS), untuk membantu pasangan dalam isu yang dihadapi para isteri dalam perkahwinan mereka.

PASANGAN MUDA MAHU TINGKATKAN MUTU PERKAHWINAN
Antara 200 peserta yang meraih manfaat daripada sesi yang diadakan di Masjid Sultan itu ialah Encik Aiman Faiz Abdul Wahab, 28 tahun dan Cik Natasha Al-Rashidi, 25 tahun.
Pasangan yang berumahtangga lebih setahun lalu itu menyertai forum tersebut kerana mahu meningkatkan lagi pengetahuan serta mutu perkahwinan mereka.
"Walaupun penat, kita harus cuba dan berusaha untuk selalu hidupkan percintaan terhadap hubungan kami. Kadang-kadang saya akan masak untuk isteri. Kadang-kadang saya ajak keluar untuk pergi 'berdating' sebab sudah lama tidak keluar makan," kata Encik Aiman, seorang Operator Pusat Data.
Kepentingan memahami minat masing-masing dan meluangkan masa bersama antara tip berguna yang dibawa pulang Cik Natasha.
"Kami berdua pun bekerja jadi kami tidak sering meluangkan masa bersama. Kalau balik terus kami akan berehat. Jadi harus berusaha untuk mencari masa untuk melakukan semua itu," katanya.
Selain itu, pasangan itu juga sering mengungkapkan kata-kata romantis.
"Saya akan sentiasa memberitahu beliau kacak hari ini, beliau sangat rajin dan ucapan terima kasih kerana berusaha untuk mencari rezeki untuk keluarga kami. Itu cara saya tunjukkan kasih sayang saya kepadanya," ujar Cik Natasha.
Forum itu dianjurkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), ROMM dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.