Forum Belia 2024 perkukuh daya tahan belia tangani ancaman radikalisasi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ruang online akan terus menjadi wadah utama di mana golongan belia terdedah kepada pengaruh negatif termasuk ideologi radikal.
Oleh itu, penting untuk golongan tersebut elak daripada dipengaruhi dengan apa yang dilihat di wadah online supaya tidak menjejas keharmonian dan keamanan di Singapura.
Demikian ditekankan Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara, Dr Muhammad Faishal Ibrahim, di acara tahunan Forum Belia 2024.
Bertajuk '#Youth4Peace: Securing the Nation', forum itu menghimpunkan 200 belia daripada pelbagai latar belakang.
Antara tujuan utamanya ialah untuk memperkukuh daya tahan belia dalam menangani ancaman radikalisasi dan keganasan.
Para anggota panel juga berkongsi beberapa ilmu penting untuk membolehkan para belia mengenal pasti ancaman tersebut.
Dr Faishal menekankan pentingnya untuk melengkapkan diri dengan kemahiran untuk membezakan maklumat yang sahih dan palsu di platform online.
Beliau merujuk kepada trend membimbangkan dengan jumlah belia yang menjadi radikal melalui wadah-wadah online.
"Ruang online dan media sosial sudah menjadi kebiasaan para belia kami hari ini," Dr Faishal.
"Namun pernahkah anda memikirkan bagaimana aktiviti anda di platform online ini boleh menjejaskan keselamatan dan keharmonian negara kita?"
"Kandungan yang anda tonton dan kongsi secara tidak sedar akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku di dunia realiti," tambahnya.
Sebaliknya, para belia digalakkan untuk menghasilkan kandungan yang menggalakkan perpaduan sosial dan meningkatkan kesedaran tentang bahaya maklumat salah dan bahan radikal.
Usaha mendampingi para belia dianggap penting oleh pihak penganjur iaitu kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi (ACG).
Beberapa peserta yang ditemui berkata sesi tersebut membantu mereka fahami cara-cara untuk mencegah radikalisasi dan mengambil langkah proaktif dalam menangani keganasan.
"Apabila kita melihat tanda-tanda yang terdapat dalam kawan-kawan kita, jikalau mereka mempunyai tanda-tanda untuk melakukan perkara yang akan mencederakan orang ataupun radikalisasi, kita patut menghubungi pihak-pihak yang tertentu," kata peserta, Aiman Hazeeq Rohaizad.
"Saya rasa ini salah satu topik yang kita harus bicara dan kita harus mengambil tindakan proaktif dalam membincangkan topik ini dan menangani segala kembimbangan supaya dengan cara ini, kita akan dapat mengeratkan silaturrahim dalam satu masyarakat kita dan juga memberi kami untuk hidup dalam masyarakat yang harmoni
dan saling memahami satu sama lain," kata peserta Abdul Qaiyum.
Forum itu merupakan hasil kerjasama ACG dengan Persatuan Muslim Universiti Pengurusan Singapura (SMU).

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.