Forum bagi Masyarakat Gemilang Serantau bakal dianjurkan di SG: Masagos
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli di Majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri yang berlangsung Pan Pacific Singapore. (Gambar: Rayyan Nor Azahar)
SINGAPURA: Sebuah Forum bagi Masyarakat Gemilang Serantau bakal dianjurkan di Singapura bagi berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam pembangunan masyarakat Islam minoriti.
Ia akan melibatkan para delegasi dari Filipina, Kemboja dan Thailand.
Para menteri negara-negara tersebut akan bersidang di Singapura dalam waktu terdekat untuk berbincang lebih lanjut mengenai kerjasama itu.
Demikian diumumkan oleh Menteri Bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli di Majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri yang berlangsung Pan Pacific Singapore pada Jumaat (4 April).
Selain tetamu terhormat, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, Menteri Negara Kanan Teo Chee Hean dan Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir, majlis itu turut dihadiri sekitar 500 pemimpin masyarakat, asatizah, rakan kerja dan orang kenamaan dari luar negara.

MASYARAKAT ISLAM MINORITI ANTARABANGSA INGIN BELAJAR DARIPADA SG
Menjelaskan lebih lanjut mengenai forum tersebut, Encik Masagos berkata ia bakal dianjurkan menyusuli minat yang dinyatakan masyarakat-masyarakat Islam minoriti antarabangsa yang mahu belajar daripada pengalaman Singapura dalam membangunkan Masyarakat Gemilang.
"Baru-baru ini, saya bertemu dengan rakan-rakan sejawat, menteri-menteri dari Filipina, Kemboja dan Thailand. Mereka amat berminat dengan perkembangan Masyarakat Gemilang kita, dan mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama lebih erat
dengan Singapura – khususnya dalam program pertukaran pengetahuan dan pembangunan
keupayaan.
"Sebagai menyahut permintaan mereka, saya ingin mengumumkan bahawa kami akan
bekerjasama di bawah Forum bagi Masyarakat Gemilang Serantau (Forum for Regional
Communities of Success). Saya telah mengusulkan agar menteri-menteri negara tersebut
bersidang di Singapura dalam waktu terdekat untuk berbincang lebih lanjut," kata Encik Masagos.
Beliau berkongsi bahawa para peserta dari Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Gemilang (ICCOS) yang diadakan pada Oktober lalu seperti Dr. Baptiste Brodard, dari Universiti Fribourg, Switzerland mengiktiraf pendekatan Singapura dalam menangani isu-isu kepelbagaian budaya dan agama dan menawarkan model alternatif bagi memupuk perpaduan sosial.

Malah, menyusuli ICCOS, RLAF pula menganjurkan Program Masyarakat Gemilang (COSP).
Kata Encik Masagos, ia telah memberi para peserta peluang untuk mengunjungi institusi-institusi
tempatan dan mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai pembangunan
masyarakat Islam minoriti.
Para peserta COSP datang dari pelbagai negara termasuk dari Papua New Guinea dan Sepanyol.
3 KOMPONEN FORUM MASYARAKAT GEMILANG SERANTAU
Menurut Encik Masagos, Forum bagi Masyarakat Gemilang Serantau itu akan mengandungi tiga komponen.
Pertama ialah Program Masyarakat Gemilang yang dipertingkat iaitu COSP 2.0 yang akan melengkapkan para peserta dengan pengetahuan dan keupayaan untuk menyesuaikan apa yang telah dipelajari di Singapura dengan konteks tempatan mereka sendiri.
Ini termasuk program-program pembangunan masyarakat yang diadakan di masjid sebagai
wadah untuk mendekati masyarakat, usaha pembangunan keluarga, melalui program Bersamamu dan Program pementoran belia dan kepimpinan masyarakat.

Komponen kedua pula ialah membawa sukarelawan Singapura ke luar negara.
"Kedua, dengan COSP 2.0, kami akan bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Yayasan Antarabangsa Singapura (SIF) untuk membawa para sukarelawan kita ke luar negara seperti Kemboja, Filipina dan Thailand untuk menjalankan program-program pembinaan keupayaan di negara-negara tersebut.
"Program-program ini akan dilaksanakan agar sukarelawan masyarakat Melayu/Islam
kita dilatih, supaya mereka berpeluang untuk menyumbang kepada masyarakat serantau
dengan lebih efektif," ujarnya.
Yang ketiga, Encik Masagos berkata mereka akan meneroka peluang untuk menawarkan biasiswa atau program amali kepada para pelajar islam di peringkat menengah dari ketiga-tiga negara itu untuk melanjutkan pelajaran mereka di madrasah-madrasah Singapura.
"Saya berharap kerjasama kita bakal membantu masyarakat minoriti Islam Kemboja, Filipina, dan Thailand sama menjadi Masyarakat Gemilang mereka sendiri dalam usaha mereka untuk mencapai keamanan dan kemajuan. Sambil itu, kita terus mempertingkat dan membina usaha untuk memperkukuh Masyarakat Gemilang kita.
"Marilah kita menjadi Masyarakat Gemilang yang selalu Melangkah Bersama, giat Merangkai Jalinan dan sama-sama berjaya Merentas Sempadan, sekaligus menyumbang kepada kemakmuran Singapura dan dunia" jelas Encik Masagos.
PROGRAM MASYARAKAT GEMILANG DIPERTINGKAT - COSP 2.0
COSP 2.0 direka dengan matlamat-matlamat saling berkait yang tertumpu kepada mengongsi cara Singapura membangunkan pengalaman masyarakat Islam minoriti yang berkembang maju menerusi pendekatan-pendekatan praktikal.
Misalnya, ia menampilkan inisiatif-inisiatif yang sudah dilancarkan oleh agensi-agensi M³, yang tertumpu kepada tiga aspek penting dalam pembangunan masyarakat:
i. Program-program berdasarkan usaha masjid yang menunjukkan bagaimana institusi-institusi keagamaan boleh berubah menjadi hab masyarakat dinamik, sekali gus berkhidmat sebagai pusat bagi bimbingan rohani dan pembangunan sosial.
ii. Komponen Pembangunan Keluarga yang dilakarkan daripada program Bersamamu Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM). Ia menawarkan rangkaian-rangkaian menyeluruh bagi memperkukuhkan institusi keluarga dan sistem sokongan.
iii. Inisiatif-inisiatif pembangunan belia, berdasarkan program-program MENDAKI, menumpukan kepada pembangunan pementoran dan kepimpinan, sekali gus memastikan pembangunan masyarakat.
COSP 2.0 menyasarkan untuk membantu rakan kongsi serantau Singapura menjadi lebih mahir dalam melaksanakan program-program masyarakat dalam negara masing-masing dan membina hubungan lebih kukuh antara masyarakat dengan para pemimpin keagamaan merentas negara.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.