Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Fort Siloso disaran sebagai monumen terbaru S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jan 2022 08:02PM Dikemas Kini : 18 Jan 2022 10:08PM

SINGAPURA: Fort Siloso disarankan sebagai monumen negara terbaru Singapura.

Jika disahkan, tapak bersejarah itu akan diwartakan bulan depan.

Monumen-monumen negara diiktiraf kerana nilai-nilai sejarah dan budaya, serta dipelihara untuk generasi-generasi akan datang.

Fort Siloso adalah kubu pertahanan abad ke-19 yang sudahpun dipulihara.

Ia dibina untuk melindungi Singapura daripada serangan dari laut, dan memainkan peranan utama dalam pertahanan Singapura semasa Perang Dunia Kedua.

Fort Siloso akan menjadi monumen negara Perang Dunia Kedua yang kelapan, sekiranya diwartakan oleh pemerintah.

Lembaga Warisan Negara (NHB) mengalu-alukan maklum balas daripada orang awam.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan