Fort Siloso diiktiraf sebagai Monumen Negara ke-74
SINGAPURA: Sentosa dan Lembaga Warisan Negara (NHB) akan bekerjasama untuk memulihara kepekaan sejarah Fort Siloso setelah ia diwartakan.
Kubu abad ke-19 itu adalah Monumen Negara ke-74 dan adalah tapak pertama di luar tanah besar Singapura yang menerima pengiktirafan itu.
Ini menyusuli ulang tahun ke-80 pencerobohan Jepun ke atas Singapura.
Kubu Fort Siloso memainkan peranan penting dalam pertahanan Singapura semasa Perang Dunia Kedua.
Meriam-meriam yang digunakan bagi pertahanan Singapura daripada ditakluki musuh adalah antara 11 struktur yang diwartakan.
Menurut NHB, pihak-pihak menyokong keputusan tersebut dan kini, mengalihkan tumpuan kepada usaha memulihara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.