Foodpanda, Grab dan Deliveroo tubuh persatuan; lancar kod amalan industri
Persatuan Industri Platform-Platform Digital (DPIA) akan mengenal pasti ruang-ruang untuk dipertingkat serta mewujudkan huraian yang mencerminkan suara rakan-rakan penghantaran dan para peniaga.
Dipanggil Persatuan Industri Platform-Platform Digital (DPIA), ia akan mengenal pasti bidang-bidang untuk dipertingkat dan berkolaborasi dengan pemerintah dan pihak-pihak berkepentingan, menurut ketiga-tiga platform itu dalam kenyataannya.
"Ia akan mewujudkan huraian yang mencerminkan suara rakan-rakan penghantaran dan para peniaga, dengan kedua-duanya menjadi tunggak operasi syarikat-syarikat platform," jelas kenyataan itu.
Persatuan itu juga merancang untuk melancarkan kod amalan industri yang boleh diamalkan para anggotanya. Kod itu akan menggabungkan amalan-amalan terbaik industri dan "prinsip-prinsip berkaitan kesihatan dan keselamatan" kakitangan penghantaran dan pembangunan peniaganya, tambah syarikat-syarikat itu.
"Di peringkat global, industri penghantaran makanan berkembang pesat, meningkat ke satu puncak dalam kesedaran awam semasa musim pandemik. Ia kini berfungsi sebagai kedua-dua khidmat penting dan sektor baru ekonomi yang mengujakan," menurut ketiga-tiga syarikat itu.
Perniagaan makanan dan minuman beralih ke khidmat penghantaran makanan bagi menjana hasil pendapatan tambahan, manakala para pekerja penghantaran meraih manfaat daripada peluang-peluang menjana pendapatan secara fleksibel. Trend-trend sedemikian akan terus memacu ekonomi-ekonomi digital di Singapura dan di peringkat global, jelas kenyataan itu selanjutnya.
"Bagi syarikat-syarikat platform, kesejahteraan rakan-rakan penghantaran dan peniaga di ruang pasaran menjadi keutamaan. Itulah sebabnya DPIA ditubuhkan - bagi menyatukan kepakaran mendalam industri platform-platform itu dan mencorakkan pembangunan dan kemajuan industri dalam ekonomi Singapura," menurutnya.
Selain memanfaatkan kepakaran dan pengalaman setiap syarikat dalam DPIA bagi menyokong ekonomi digital Singapura, persatuan itu juga akan menyediakan peluang untuk meningkatkan kemahiran dan mengukuhkan piawaian kesihatan dan keselamatan sedia ada bagi kakitangan penghantaran dan peniaga, jelas kenyataan itu lagi.
Sejak tahun lalu, para anggota DPIA menyumbang kepada proses rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan, Persatuan bagi Menyokong Pekerja Penghantaran Nasional (NDCA) dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.
Mereka juga bekerjasama dengan Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSHC) berhubung garis panduan bagi platform-platform dan para majikan meningkatkan amalan keselamatan di jalan raya dalam kalangan rakan penghantaran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.