Foodpanda berhentikan pekerja di S'pura
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Calvin Oh/CNA)
SINGAPURA: Platform penghantaran Foodpanda telah memberhentikan beberapa kakitangannya di Singapura kerana ada "keperluan genting" untuk mengurangkan kos dan beralih tumpuan kepada keuntungan untuk kekal berdaya saing.
Foodpanda memberitahu Mediacorp pada Rabu (7 Sep) bahawa syarikat induknya, Delivery Hero sedang cuba menjadi "EBITDA- positive" – istilah yang merujuk kepada usaha meraih keuntungan di peringkat operasi.
Oleh kerana itu, ia terpaksa membuat "keputusan sukar untuk mengecilkan saiz beberapa pasukan".
Seorang jurucakap Foodpanda enggan memberi butiran jumlah pekerja yang terjejas atau jawatan yang mereka pegang.
"Kami sedang membantu pekerja yang terjejas semasa peralihan ini melalui program bantuan pekerja dan insurans dan faedah kerja," kata Foodpanda dalam kenyataan mereka.
"Kepada rakan kerja yang terjejas- kami meminta maaf kerana telah mengecewakan mereka. Kami akan sentiasa menghargai sumbangan dan dedikasi mereka kepada Foodpanda."
Buat masa ini, Foodpanda beroperasi di 11 pasaran di merata Asia.
Langkah itu diumumkan kurang dua bulan selepas Foodpanda membuka ibu pejabat serantaunya di Singapura, di Robinson Road.
Ia juga membuka sebuah akademi teknologi yang menawarkan lebih 200 kursus merangkumi bidang kewangan dan kemahiran digital - yang ditawarkan secara percuma kepada pekerja khidmat penghantarannya atau pada yuran yang lebih rendah.
Delivery Hero yang terletak di Berlin beroperasi di sekitar 50 negara di merata Asia, Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika Utara.
Pada tahun lalu, ia mengumumkan akan mengurangkan operasinya di Jerman dan merancang melepaskan perniagaannya di Jepun.
Menurut satu kenyataan di laman Foodpanda, keputusan tersebut dibuat untuk "menyalurkan sumber ke peluang pertumbuhan di pasaran lain," seperti dagangan segera.

Sumber : CNA/HY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.