Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Foodfare, Fairprice, Kopitiam digabungkan di bawah kumpulan syarikat baru

Foodfare, Fairprice dan Kopitiam akan digabungkan di bawah Kumpulan Syarikat NTUC Fairprice yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Oct 2019 06:03PM Dikemas Kini : 23 Oct 2019 12:27AM

SINGAPURA: Foodfare, Fairprice dan Kopitiam akan digabungkan di bawah Kumpulan Syarikat NTUC Fairprice yang baru.

Langkah itu bertujuan memastikan harga terus berada dalam kemampuan penduduk dan memenuhi keperluan para pelanggan yang berubah.

Perubahan itu dilakukan menyusuli langkah NTUC Enterprise membeli Kopitiam, tahun lalu.

Kumpulan Fairprice yang baru akan mempunyai hampir 600 cawangan, termasuk pasar raya, pusat makanan, kedai kopi dan kedai serbaneka.

Para pelanggan, menurut Kumpulan Fairprice, boleh menjangkakan barangan dapur dan makanan siap masak yang lebih bermutu, hasil kerjasama tiga syarikat.

Ia juga sedang menimbangkan kemungkinan membenarkan Kopitiam dan Foodfare mendapatkan bahan-bahan mentah dari jenama Fairprice, yang bermakna harga lebih berdaya saing.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan