'Fokus pada pencapaian sendiri, jangan bandingkan diri dengan orang lain', kata PM Wong dalam dialog sulung bersama belia
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong menyeru belia untuk fokus kepada pencapaian diri mereka sendiri dan mengikuti bakat mereka dalam menentukan laluan kerjaya masing-masing, sambil menekankan bahawa Pemerintah akan menyediakan lebih banyak peluang untuk rakyat Singapura memperjuangkan pelbagai aspirasi mereka dan definisi kejayaan mereka sendiri.
"Kita semua ada kebolehan dan kekuatan masing-masing - tidak perlu membandingkan diri dengan orang lain, untuk menjadi seperti orang lain.
"Sebaliknya, ikuti bakat anda dan berusaha untuk mencapai potensi penuh anda sendiri," ujarnya.
Encik Wong berkata demikian semasa menyampaikan ucapannya di satu dialog belia, yang diadakan di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) pada Selasa (2 Jul).
Sekitar 900 pelajar dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi (IHL), politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) turut serta dalam acara dialog tersebut.
Ini merupakan sesi dialog pertamanya dengan golongan belia sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 15 Mei tahun ini.
Sekalipun generasi sebelumnya memberi tumpuan kepada beberapa kerjaya utama seperti doktor, peguam, akauntan dan jurutera, Encik Wong menarik perhatian bahawa banyak lagi laluan kerjaya wujud dalam dunia hari ini.
Dalam pada itu, belia hari ini seharusnya berusaha untuk "memupuk dan memperkasa keupayaan dan kekuatan mereka," jelas Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan.
Namun, Encik Wong mengingatkan para belia bahawa "mustahil untuk mereka menjadi seorang pakar dalam sekelip mata" dalam bidang pilihan mereka.
"Sepanjang perjalanan anda, anda berkemungkinan akan berdepan dengan beberapa ketika di mana anda akan ditolak dan mengalami kegagalan.
"Tetapi jika anda bekerja keras untuk memupuk kekuatan anda sendiri dan cemerlang dalam apa yang anda lakukan, anda akan melihat kejayaan," ujarnya, sambil memetik kisah Dr Katalin Kariko, seorang penyelidik yang merupakan perintis vaksin messenger asid ribonukleik (mRNA).
'KITA MESTI MAINKAN PERANAN MASING-MASING'
Di acara tersebut yang dianjurkan bersama oleh SMU, Institut Kajian Dasar (IPS) dan Varsity Voices, sebuah kumpulan antara universiti yang diterajui pelajar yang memupuk kesedaran politik, Encik Wong menekankan bahawa setiap orang mesti memainkan peranan masing-masing untuk "menyumbang dalam membina sebuah masyarakat yang lebih baik" jika Singapura melangkah ke hadapan.

Encik Wong memberi jaminan bahawa Pemerintah sudah dan akan terus menyediakan lebih banyak peluang untuk rakyat Singapura menyumbang kepada masyarakat dan membentuk "ciri-ciri dan pandangannya".
Misalnya, Pejabat Perkongsian Pemerintah Singapura (SGPO) dilancarkan pada Januari tahun ini untuk memudahkan rakyat bekerjasama dengan Pemerintah dan mengenal pasti peluang kerjasama.
Empat panel belia juga ditubuhkan untuk membincangkan isu-isu yang menjadi keprihatinan golongan muda, seperti keselamatan kewangan dan kemampanan, dengan mereka yang terlibat dijangka membentangkan saranan-saranan mereka di Forum Dasar Belia bakal diadakan buat julung-julung kalinya pada Ogos nanti, katanya.
Menggulung ucapannya itu, Encik Wong menekankan bahawa beliau "yakin" Singapura akan ada hari-hari terbaik kelak.
Beliau memberitahu para belia: "Anda semua adalah pengkarya bab seterusnya bagi Kisah Singapura kita."
Dalam segmen soal-dan-jawab bersama Encik Wong pula, di mana Presiden SMU Lily Kong berperanan selaku moderator, para pelajar dilihat bertali arus untuk mengutarakan pertanyaan kepada Perdana Menteri itu. Soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai topik, termasuk kebimbangan berhubung perumahan, mobiliti sosial dan dasar ekonomi.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.