Fokus pada kempen jadi Presiden & jangan hilang deposit anda, kata George Goh kepada Tan Kin Lian
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Fokus pada kempen anda sendiri dan pastikan anda tidak kehilangan wang cengkeram anda.
Demikian mesej usahawan George Goh kepada bakal calon presiden Tan Kin Lian pada Rabu (16 Ogos), sedang beliau bercakap kepada wartawan semasa membuat kunjungan ke Pusat Penjaja dan Pasar Bukit Panjang.
Sambil menekankan bahawa Pilihan Raya Presiden merupakan "urusan yang sangat serius", Encik Goh berkata: "Tiada sesiapa yang patut memberitahu sesiapa pun untuk berundur diri, ia tidak seharusnya begitu.

"Pilihan raya (itu) merupakan urusan yang sangat serius, ia bukan ibarat dua individu yang duduk di sebuah kedai kopi dan kami berbincang mengenai (kempen) pilihan raya presiden, siapa untuk tampil ... Beri tumpuan (pada) kempen anda, dan biarkan pengundi buat keputusan itu."
Beliau mengulas demikian setelah Encik Tan menarik perhatian bahawa ia adalah penting bagi warga Singapura untuk mempunyai peluang mengundi bagi apa yang disifatkannya sebagai seorang "calon bebas".
Encik Tan berkata demikian semasa melancarkan kempennya pada Jumaat lalu (11 Ogos).
Encik Tan juga berkata jika kedua-dua beliau dan Encik Goh layak sebagai calon, beliau akan bercakap dengan Encik Goh untuk memutuskan siapa yang patut berundur diri dan menyokong calon "dari luar perkhidmatan awam" yang masih bertanding.
Namun, Encik Goh memberi respons kepada komen tersebut pada Isnin sambil menjelaskan bahawa kedua-dua mereka tidak mempunyai sebarang persetujuan.

Encik Tan kemudian mengatakan bahawa beliau berharap Encik Goh akan berubah fikiran tentang langkah untuk tidak berundur jika mereka berdua layak untuk bertanding bagi Pilihan Raya Presiden.
Pada Rabu, Encik Goh mendedahkan bahawa beliau telah membuat persiapan selama enam tahun untuk bertanding, dan ia merupakan perjalanan yang sukar baginya untuk sampai di mana beliau berada hari ini.
Beliau menambah: "Saya akan menasihatkan (Encik Tan) untuk menghabiskan lebih banyak masa untuk meninjau bahan kempen, menyiapkan kesemua bahan kempen jika anda serius untuk bertanding.
"Bagi saya, saya telah menyiapkan kesemua bahan kempen saya. Saya telah menyiapkannya, dan (bila) Sijil Kelayakan dikeluarkan, bahan tersebut sudah siap... untuk sembilan hari seterusnya."
Pada 2011, Encik Tan gagal dalam percubaannya untuk merebut jawatan tertinggi negara ini. Beliau menduduki tempat paling corot berbanding tiga calon lain, dengan memperolehi hanya 4.91 peratus daripada jumlah keseluruhan undian. Lantaran itu, beliau hilang wang deposit sebanyak $48,000.
PILIHAN RAYA YANG TIDAK BERUNSUR POLITIK
Encik Goh juga berkata bahawa terdapat "tiada keperluan untuk dicalonkan oleh sesiapa" bagi Pilihan Raya Presiden itu.
Encik Goh malah, menekankan pentingnya menjadi seorang calon "bebas" sepertinya dan seseorang yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.
"Pilihan Raya Presiden tidak berunsur politik. Terdapat seramai 2.7 juta pengundi, sesiapa boleh tampil ... Jika anda ingin berkhidmat untuk negara, tampil saja, tidak ada keperluan untuk dicalonkan oleh sesiapa," ujarnya.
"Jika anda dicalonkan oleh seseorang, anda mungkin tidak menampilkan prestasi yang baik. Ia sangat jelas."

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.