Fluff Bakery buka kafe baharu di Wisma Geylang Serai
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Selepas 13 tahun menjadi antara nama yang cukup dikenali dalam dunia bakeri tempatan, penutupan Fluff Bakery bukanlah satu keputusan yang mudah dibuat.
Namun daripada noktah itu, lahir sebuah permulaan baharu - Big Mouth Bakehouse, sebuah bakeri dan kafe yang membawa semangat lama dengan visi yang lebih luas.
Menurut pemilik Fluff Bakery, Nursyazanna Syaira, pengakhiran perjalanan Fluff Bakery sebenarnya membuka ruang harapan yang tidak disangka-sangka.
“Selepas 13 tahun mengendalikan Fluff Bakery, keadaan menjadi sangat sukar dan kami terpaksa menutupnya. Kami langsung tidak menjangka sokongan luar biasa yang diterima pada saat-saat akhir, dan ia memberikan kami harapan bahawa sesuatu yang baharu masih boleh diwujudkan,” katanya.
Bagi pasukan di sebaliknya Big Mouth Bakehouse, ia bukan sekadar perniagaan baharu, tetapi kesinambungan kepada apa yang mereka cintai sejak awal iaitu menyediakan makanan untuk orang ramai.
“Big Mouth Bakehouse bermula daripada keinginan untuk meneruskan apa yang saya tahu dan apa yang saya suka lakukan iaitu menyediakan makanan untuk orang lain. Ia juga menjadi ruang untuk saya kembali berkarya secara kreatif,” tambahnya.
Apabila peluang membuka sebuah ruang kafe hadir pada waktu yang tepat, mereka mengambil langkah berani untuk bermula semula meskipun dengan perasaan bercampur-baur.
“Keputusan ini terasa sangat menakutkan dan penuh keraguan, namun pada masa yang sama, ia terasa tepat.”
MENU BAHARU, CITA RASA LAMA
Pengunjung Big Mouth Bakehouse masih boleh menikmati beberapa hidangan kegemaran yang pernah menjadi identiti Fluff Bakery, termasuk kukis, donut, ‘gelato’ serta pelbagai hasil bakeri popular.
Namun kali ini, menu diperluaskan dengan lebih banyak pilihan hidangan bukan manisan dan sajian kafe.
“Kami memperkenalkan menu baharu seperti salad, sandwic focaccia, wafel serta menu minuman penuh dengan kopi daripada Penny University,” jelasnya.

Terletak bersebelahan Pasar Geylang, Big Mouth Bakehouse turut mengambil inspirasi daripada cita rasa tempatan dan Nusantara.
“Lokasi kami memberi pengaruh besar kepada citarasa menu. Kami menampilkan elemen tempatan dan Nusantara, seperti Ulam Salad serta komponen unik seperti pesto daun laksa.”
RUANG LEBIH LUAS YANG DIIMPIKAN
Lebih daripada sekadar menu, perbezaan ketara antara Big Mouth Bakehouse dan Fluff Bakery terletak pada ruang fizikal dan pengalaman yang ingin diwujudkan.
“Selain menu yang lebih 'savoury' dan pilihan minuman lengkap, ruang kafe dengan tempat duduk ini akhirnya menghidupkan apa yang saya sentiasa impikan,” katanya.
Big Mouth Bakehouse direka sebagai ruang komuniti, tempat orang ramai boleh berkongsi meja, berinteraksi dan membina hubungan kecil sambil menikmati makanan dan minuman.
“Itulah sesuatu yang saya inginkan sejak dulu, tetapi tidak dapat direalisasikan di ruang lama.” kata beliau.
KERJASAMA LAMA BERSAMA PENNY UNIVERSITY
Big Mouth Bakehouse turut menjalin kerjasama berterusan dengan Penny University, jenama kopi tempatan yang telah menjadi rakan niaganya sejak lebih sedekad lalu.

“Kami bertemu pada tahun 2012 apabila kami mula membekalkan kek cawan kepada Penny University ketika mereka membuka cawangan pertama di East Coast Road. Sejak itu, kami sentiasa menjadi rakan niaga antara satu sama lain,” katanya.
Kerjasama ini kini terhasil dalam bentuk kafe yang menggabungkan kepakaran kedua-dua pihak.
“Big Mouth Bakehouse terasa seperti lokasi yang paling sesuai untuk menyatukan kepakaran kami. Penny University mengendalikan kopi, manakala Big Mouth Bakehouse menyediakan kek, roti dan pencuci mulut.”
Dengan semangat baharu, rasa tempatan dan ruang yang mengutamakan komuniti, Big Mouth Bakehouse bukan sekadar kebangkitan semula tetapi bukti bahawa keberanian untuk bermula semula mampu melahirkan sesuatu yang lebih bermakna.
Big Mouth Bakehouse yang terletak di Wisma Geylang Serai bakal mengadakan pelancaran awal hujung minggu ini, menandakan permulaan baharu mereka di kawasan itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/FT/sf
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.