Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Flat terbakar di Jurong West; 5 dikejarkan ke hospital

Anggaran Waktu Membaca:
Flat terbakar di Jurong West; 5 dikejarkan ke hospital

Kebakaran berlaku di unit tingkat tiga di Blok 723, Jurong West Ave 5 pada 19 Jan 2022. (Foto: Facebook/Singapore Civil Defence Force)

SINGAPURA: Lima orang dikejarkan ke hospital selepas terhidu asap menyusuli kebakaran di sebuah flat HDB di Jurong West pada pagi hari ini (19 Jan).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan tentang kebakaran di Blok 723, Jurong West Ave 5 sekitar pukul 6.10 pagi.

Kebakaran itu berlaku di unit tingkat tiga blok tersebut dan melibatkan "barangan yang berada di ruang tamu",menurut SCDF dalam catatan Facebooknya.

Siasatan awal menunjukkan bahawa kebakaran itu berpunca daripada bateri sebuah basikal berbantu kuasa bateri - atau dikenali sebagai PAB atau e-basikal. Bateri tersebut sedang dicas semasa kebakaran, menurut SCDF.

PENGHUNI FLAT KELUAR SEBELUM KETIBAAN SCDF

Ada enam penghuni di flat tersebut apabila kebakaran itu berlaku, kesemuanya berjaya keluar sebelum SCDF tiba. Lima daripada mereka dikejarkan ke Hospital Besar Changi (CGH) kerana terhidu asap, menurut SCDF.

Kira-kira 45 orang dari unit berjiran juga dipindahkan sebelum ketibaan SCDF, tambah SCDF.

"SCDF ingin mengingatkan orang ramai tentang pencegahan kebakaran PMD/PAB, termasuk tidak mengecas bateri untuk tempoh yang panjang atau semalaman. Jangan membeli atau menggunakan bateri bukan asli."

Terdapat 29 kebakaran melibatkan PMD atau e-basikal pada suku pertama tahun lalu, turun 32.6 peratus berbanding 43 dalam tempoh yang sama pada 2020.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan