Flat sebagai tempat tinggal atau pelaburan? Para anggota panel bincang bagaimana SG mengimbangi kedua-dua objektif
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: IPS/Jacky Ho)
SINGAPURA: Patutkah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dibenarkan sebagai pelaburan?
Demikian salah satu topik utama ketika perbincangan panel mengenai perumahan di persidangan ulang tahun ke-35 Institut Pengajian Dasar (IPS) yang diadakan pada Isnin (12 Jun).
Semasa persidangan itu, Profesor Madya Walter Theseira dari Sekolah Perniagaan Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) menarik perhatian bahawa perumahan adalah kaedah yang baik untuk meraih kekayaan dalam kalangan isi rumah Singapura, disebabkan kosnya yang rendah dan risiko yang terbabit.
Sepanjang 60 tahun yang lalu, Profesor Theseira berkata bergenerasi rakyat Singapura menikmati peningkatan yang besar dalam mutu perumahan, dan mengumpulkan kekayaan yang ketara melalui pemilikan flat HDB dan rumah privet.
Namun, ia menyebabkan jangkaan yang tidak dapat diteruskan lagi, katanya.
Dasar pemerintah tambah beliau, tidak dapat mencapai kedua-dua matlamat perumahan yang dalam kemampuan dan aspirasi untuk mengumpul kekayaan.
Untuk "memisahkan" isu perumahan dan pelaburan, Profesor Theseira memberi beberapa saranan, yang termasuk mengurangkan penekanan kepada isu mengumpul kekayaan perumahan dengan merubah sistem cukai.
Merujuk kepada sistem cukai sekarang yang berpihak kepada pelaburan perumahan, pemerintah kata beliau boleh mempertimbangkan untuk mengurangkan keistimewaan cukai bagi perumahan, atau mengenakan cukai bagi keuntungan daripada perumahan.
Cadangan lain termasuk pemindahan daripada model sistem subsidi pembelian kepada subsidi penggunaan perumahan dan meluaskan akses kepada perumahan awam yang diinginkan.
Walaupun model Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH), yang dilancarkan pada 2021 bertujuan untuk membina flat-flat HDB di kawasan tengah menunjukkan "hasil yang memberangsangkan", Profesor Theseira berkata lebih banyak lagi harus dilakukan.
Sementara itu, Menteri Negara Kanan bagi Pembangunan Negara dan Ehwal Luar Sim Ann mengingatkan bahawa pemilikan rumah masih kekal tumpuan utama bagi perumahan awam.
Namun beliau menambah terdapat kelonggaran seperti menggunakan flat sebagai pejabat di rumah atau menyewakan bilik kepada penyewa.
MEMIKIRKAN SEMULA MOBILITI SOSIAL
Ketika menjawab soalan tentang bagaimana pemerintah merancang untuk mengimbangi cita-cita pemilik rumah dengan mobiliti sosial, Cik Sim berkata mobiliti sosial adalah fungsi jangkaan yang sudah ada dalam rakyat Singapura selama ini.
Apabila ditanya jika pemerintah akan pernah mempertimbangkan untuk memutuskan hubungan antara pelaburan dengan perumahan, beliau berkata: "Kita sedang dalam tempoh di mana kebimbangan terhadap harga dan kemampuan sedang memuncak, dan kita sangat bimbang tentang harga rumah, saya rasa ia agak biasa untuk mencari penyelesaian yang dapat mengurangkan harga rumah dengan cepat."
Cik Sim merujuk kepada paradoks keinginan memiliki rumah yang mampu dimiliki dan mudah diakses namun pada masa yang sama menggunakan perumahan sebagai kaedah meraih kekayaan bukan perkara yang baru. Beliau menonjol kebimbangan mengenai harga rumah dan kemampuannya pada 1996.
"Kita tahu bahawa paradoks ini sudah bersama kita selama bertahun-tahun, maka saya fikir apabila kita menganalisis apa yang sedang berlaku, kita harus tanya adalah sistem ini berfungsi," kata Cik Sim.
"Jika sistem tidak berfungsi, kita harus memperbetulkannya, kita harus baikinya. Itu adalah perkara yang sangat jelas, dan pemerintah bertanggungjawab terhadapnya," tambahnya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.