Flat pertama di Sin Ming dalam 35 tahun antara 8 projek BTO mula dijual pada Disember
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Chew Hui Min)
SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menawarkan sekitar 6,010 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di lapan projek pada Disember, dalam tawaran penjualan akhir 2023.
Salah satu projek itu terletak di Sin Ming Road di Bishan, sekali gus flat pertama yang akan dibina di kawasan itu dalam tempoh 35 tahun.
Projek terakhir daripada tiga projek di bahagian timur Ulu Pandan juga ditawarkan dalam penjualan bulan Disember itu dengan yang pertama dilancarkan pada November 2022 diikuti pelancaran kedua pada Februari 2023.
Butiran mengenai lapan projek itu, termasuk dua di Woodlands, Jurong West, Bukit Merah, Bukit Panjang dan Bedok, diumumkan di laman web HDB pada Rabu (6 Okt).
BISHAN
Pembangunan di kawasan Sin Ming Road menawarkan 730 flat tiga dan empat bilik.
Kali terakhir flat HDB dibangunkan di kawasan itu siap pada 1988.
Tapak itu terletak dalam kawasan Sin Ming Road, dekat dengan Sekolah Catholic High dan Sekolah Menengah Whitley. Ia juga tidak begitu jauh dari stesen MRT Upper-Thomson.
Penganalisis berkata pada Mei bahawa permintaan bagi flat BTO baharu di kawasan Sin Ming Road adalah "kuat".
Permintaan juga dikatakan tinggi kerana kurangnya flat baharu di kawasan itu, serta harga rumah privet baharu di daerah berdekatan seperti Upper Thomson, Bishan, Ang Mo Kio, Marymount dan Lentor yang agak tinggi, kata Cik Christine Sun, naib presiden kanan penyelidikan & analitik di OrangeTee & Tie.
Menurutnya lagi, flat tersebut juga terletak dekat dengan sekolah "baik" seperti Catholic High dan Ai Tong.

QUEENSTOWN
Projek ketiga dan terakhir di bahagian timur Ulu Pandan, menawarkan 890 flat tiga dan empat bilik serta menghadap MRT Dover.
Dua projek Dover Forest sebelum ini - Ulu Pandan Banks dan Ulu Pandan Glades - terletak di bawah model Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH).
HDB berkata pada 2022 bahawa bahagian timur Ulu Pandan akan mempunyai kira-kira 3,000 flat BTO secara keseluruhan.
Pihak berkuasa mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai kajian alam sekitar dari Disember 2020 dan Mac 2021 dan memutuskan untuk membangunkan bahagian timur Ulu Pandan untuk perumahan awam, manakala bahagian barat dibiarkan untuk tempoh jangka sederhana.
Rancangan untuk bahagian barat, yang dianggap lebih kaya dengan biodiversiti spesies flora yang lebih terancam, akan dikaji semula dalam kira-kira sedekad.

WOODLANDS
Kedua-dua projek di Woodlands akan mempunyai 1,220 flat dan terletak berdekatan dengan MRT Woodlands.
Satu projek, yang terletak bersebelahan dengan Woodlands Street 13 dan Woodlands Avenue 5, akan menawarkan hanya flat tiga dan empat bilik.
Projek yang terletak di Woodlands Avenue 5 menghadap Woodlands MRT pula, akan menawarkan flat fleksi dua bilik dan flat lima bilik selain flat tiga dan empat bilik.

BUKIT MERAH
Sebanyak 900 unit ditawarkan yang terletak antara Taman Penghubung Alexandra dan Alexandra Road. Ia sebelumnya menempatkan Pejabat Pos Alexandra.
Flat yang ditawarkan termasuk jenis fleksi dua bilik serta flat tiga dan empat bilik. Stesen MRT Redhill terletak kira-kira 400 meter dari projek itu.
Ia juga dekat dengan Sekolah Gan Eng Seng, Sekolah Rendah Alexandra dan Sekolah Perempuan Crescent.
Pada Ogos 2022, projek Alexandra Vale, ditawarkan di bawah model PLH.

BEDOK
Projek ini adalah satu-satunya dalam tawaran Disember yang mempunyai apartmen penjagaan masyarakat iaitu flat yang dilengkapi dengan reka bentuk dan perkhidmatan penjagaan mesra warga emas.
Sejumlah 1,230 flat tiga, empat dan lima bilik ditawarkan.

JURONG WEST
Sebanyak 710 flat akan ditawarkan di Jurong West, dengan tapak itu bersempadankan Jurong West Street dan PIE.
Terletak dekat dengan Sekolah Menengah Hua-Yi, flat jenis fleksi dua bilik, flat tiga, empat dan lima bilik ditawarkan.

BUKIT PANJANG
Projek ini yang terkecil daripada lapan projek yang mula dijual pada Disember.
Sebanyak 330 flat jenis fleksi dua bilik dan empat bilik akan ditawarkan dalam lokasi yang terletak dekat dengan Cashew Road dan Petir Road, bersebelahan dengan Taman Petir. Penduduk boleh menggunakan khidmat stesen LRT Petir dan Pending. HDB sebelum ini mengumumkan ia akan menawarkan sehingga 23,000 flat BTO pada 2023, dengan sasaran dijadual dicapai selepas tawaran bulan Disember.

Sumber : CNA/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.