Flat kehidupan dibantu pertama SG di Bukit Batok tertangguh selepas HDB pecat kontraktor
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Desmond Lee)
SINGAPURA: Para pembeli flat kehidupan dibantu di Bukit Batok berdepan tempoh menunggu yang lebih lama untuk kediaman mereka selepas Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menamatkan khidmat kontraktor utama projek itu kerana kemajuan yang hambar.
Unit-unit di Harmony Village @ Bukit Batok, yang dilancarkan untuk dijual pada Februari 2021, adalah flat kehidupan dibantu pertama yang diperkenalkan di Singapura.
Dikenali sebagai Apartmen Jagaan Masyarakat, ia adalah jenis perumahan awam baharu untuk penduduk yang berusia 65 tahun ke atas, menampilkan ciri-ciri reka bentuk mesra warga emas dan menawarkan khidmat jagaan.
HDB menyatakan pada Jumaat (15 Dis) bahawa tarikh flat-flat itu selesai dibina ditangguhkan kira-kira tiga hingga empat bulan sehingga September atau Oktober 2024.
Memberi garis masa projek berkenaan, HDB turut mendedahkan bahawa kontrak JSM Construction Group, telah ditamatkan pada 9 Jan 2023, disebabkan oleh "kemajuan yang tidak memuaskan di tapak-tapak binaan".
Kontraktor baharu, QingJian International ((South Pacific) Group Development Co, dilantik pada 14 Feb. Syarikat itu memerlukan masa untuk menyemak status binaan dan menggembleng sumber untuk menyambung semula kerja-kerja binaan, kata HDB.
Walaupun mengalami kelengahan hampir dua bulan akibat pertukaran kontraktor, HDB menegaskan bahawa penilaiannya ketika itu memberikan gambaran bahawa QingJian International berupaya mengejar masa yang hilang dengan melaksanakan pelbagai langkah untuk mempercepatkan keadaan.
Ini termasuk menggunakan lebih banyak jentera, menggembleng subkontraktor tambahan, serta meneruskan kerja seperti melepa dan mengecat selepas waktu pejabat dan pada hujung minggu mengikut had bunyi yang dibenarkan yang ditetapkan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
Menurut HDB, para pembeli flat kehidupan dibantu di Bukit Batok telah dimaklumkan mengenai kelengahan itu pada 8 Nov.
"HDB menyedari bahawa kelengahan itu telah menimbulkan kesulitan kepada para pembeli flat," katanya, sambil menambah bahawa ia sedang berusaha untuk memberi para pembeli yang terjejas sekurang-kurangnya enam bulan notis mengenai sebarang perubahan pada tarikh ia siap kelak.
"Kami akan terus bekerjasama rapat dengan kontraktor kami untuk mempercepatkan kerja-kerja binaan, tanpa menjejaskan mutu dan keselamatan projek."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.