Flat HDB bagi projek Greater Southern Waterfront boleh cecah harga Pinnacle@Duxton
Para pakar hartanah dan bakal pembeli rumah optimis tentang rancangan yang didedahkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) pada Ahada (18 Ogos), melibatkan pembangunan kediaman di sepanjang pantai selatan Singapura.
Keppel Club salah sebuah tapak yang akan dibangunkan semula untuk menampung 9.000 unit perumahan awam dan priet sebagai sebahagian projek pembangunan mega Great Southern Waterfront .
SINGAPURA: Para pakar hartanah dan bakal pembeli rumah optimis tentang rancangan yang didedahkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) pada Ahada (18 Ogos), melibatkan pembangunan kediaman di sepanjang pantai selatan Singapura.
Bagaimanapun, para pakar bersetuju bahawa perumahan awam di projek besar pembangunan kawasan dermaga itu dijangka bernilai jauh lebih tinggi berbanding harga flat-flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) - mungkin setanding harga Pinnacle@Duxton di Tanjong Pagar yang amat popular itu.
Dengan tanah 2,000 hektar, Greater Southern Waterfront (GSW) - yang meliputi 30 kilometer pantai selatan Singapura bermula dari bahagian timur Taman di Pesisiran hingga ke Pasir Panjang - mempunyai kawasan keseluruhan enam kali lebih besar berbanding saiz Marina Bay dan seganda saiz bandar Punggol.
Salah satu pembangunan pertama adalah di tapak Keppel Club berhampiran dengan hutan simpanan Labrador, yang terdiri daripada gabungan 9,000 unit perumahan awam dan swasta.
Pembangunan semula GSW akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) di laman webnya.
PM Lee berkata pada Ahad bahawa ia juga akan melibatkan pemindahan terminal pelabuhan ke Tuas, dengan Terminal Pasir Panjang dijangka berpindah pada 2040 untuk menyediakan tanah utama bagi pembangunan semula. Ia bakal menempatkan daya tarikan hiburan di Pulau Brani, yang serupa dengan Universal Studios di Sentosa. Buat masa ini Pulau Brani kini menempatkan sebuah terminal pelabuhan.
Para pakar memberitahu Mediacorp bahawa perumahan di kawasan itu dijangka akan menjana permintaan yang tinggi kerana gaya hidup di kawasan dermaga dan lokasinya yang baik. Mereka juga berkata para pembeli rumah harus menjangkakan harga premium bagi hartanah di kawasan kerana kedudukannya yang menarik.
Sungguhpun demikian, mereka menambah, adalah sukar untuk meramalkan harga hartanah dalam tempoh lima hingga 10 tahun mendatang.
HARGA RUMAH SEPERTI PINNACLE@DUXTON
Encik Chris Koh, Pengarah Runding Cara Hartanah Chris International, berkata walaupun harga hartanah privet bergantung kepada bidaan para pemaju swasta untuk sesebuah tapak yang ditawarkan, kayu ukur harga yang baik untuk flat perumahan awam di GSW adalah melalui perbandingan dengan flat Pinnacle@Duxton.
Pada 2015, Pinnacle@Duxton - sebuah bangunan perumahan 50 tingkat di sebelah kawasan CBD - memecahkan rekod apabila lima unit yang bukan maisonette, eksekutif atau unit berhalaman - dijual pada harga S$1 juta atau lebih.
Pengarah Runding Cara Kajian Suntec Real Estate Consultants Colin Tan berkata, sama seperti mereka yang memiliki flat di Pinnacle@Duxton, para pembeli rumah yang berjaya menempah unit di GSW ibarat "menang pertaruhan".
Encik Tan turut berkata flat empat-bilik di kawasan GSW kemungkinan lebih mahal daripada flat di estet belum matang seperti Sengkang sambil menambah bahawa perbezaan harga adalah sekurang-kurangnya sekitar S$200,000.
Cik Christine Li, Ketua Kajian di firma hartanah sejagat Cushman dan Wakefield Singapore, mengatakan bahawa satu kelompok perniagaan baru, yang merupakan sebahagian daripada rancangan keseluruhan, di sebuah lokasi pinggir bandar yang menjadi buruan ramai - di mana sudah terletaknya syarikat berbilang negara seperti Google, Unilever dan Cisco - akan menyumbang kepada aspek harga.
Beliau menarik perhatian pulau-pulau berdekatan Sentosa dan Pulau Brani bakal memanfaatkan lokasi tepi laut untuk mewujudkan "kemudahan hiburan dan riadah generasi seterusnya" bagi kawasan itu.
Menurutnya lagi, rancangan sudahpun dimulakan bagi Sentosa untuk meluaskan daya tarikannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.