Flat flexi dua bilik terima sambutan baik warga emas
Flat flexi dua bilik terus mendapat sambutan baik dalam kalangan warga emas dengan 90 peratus daripada mereka memilih tempoh pajakan lebih pendek iaitu antara 15 dengan 45 tahun berbanding tempoh pajakan biasa 99 tahun.
Gambar fail HDB. (Gambar: Hester Tan)
SINGAPURA: Flat flexi dua bilik terus mendapat sambutan baik dalam kalangan warga emas dengan 90 peratus daripada mereka memilih tempoh pajakan lebih pendek iaitu antara 15 dengan 45 tahun berbanding tempoh pajakan biasa 99 tahun.
Lebih separuh daripada 16,000 flat sedemikian sudah pun ditempah.
Encik Tan Hiok San dan isterinya, Cik Chen Yuxian, berpindah masuk ke flat flexi dua bilik di Chai Chee itu pada April tahun lalu.
Dengan $370,000 yang diperolehi daripada jualan rumah lama mereka, pasangan itu dapat membayar penuh flat flexi dengan tempoh pajakan 45 tahun pada harga $105,000.
Mereka sebahagian daripada warga tua berusia 55 dan ke atas, yang membentuk lebih separuh daripada pembeli bagi 16,000 flat flexi yang ditempah sejauh ini.
Lebih 18,500 flat flexi dua bilik ditawarkan dalam penjualan kali ini.
91 peratus daripada warga emas memilih tempoh pajakan lebih pendek, antara 15 dengan 45 tahun, dan ini bermakna mereka dapat mempunyai lebih banyak simpanan persaraan.
Para pembeli lain termasuk keluarga serta orang bujang yang berusia 35 tahun dan ke atas.
Golongan itu bagaimanapun hanya ditawarkan tempoh pajakan biasa 99 tahun.
HDB akan terus menawarkan lebih banyak flat flexi dua bilik di Kallang Whampoa, Tengah dan Woodlands Mei ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.