Flat di Jurong terbakar; 4 dibawa ke hospital
Empat orang dibawa ke hospital setelah sebuah flat di Jurong terbakar pada Ahad malam (18 Ogos). Kebakaran dilaporkan di tingkat lima sebuah flat di Blok 158 Yung Loh Road pada sekitar 7.45 malam, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Petikan video menunjukkan kebakaran di Taman Jurong pada 18 Ogos (Petikan video: Amanraj Singh)
SINGAPURA: Empat orang dibawa ke hospital setelah sebuah flat di Jurong terbakar pada Ahad malam (18 Ogos).
Kebakaran dilaporkan di tingkat lima sebuah flat di Blok 158 Yung Loh Road pada sekitar 7.45 malam, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Satu klip video yang dikirimkan kepada Mediacorp menunjukkan para anggota bomba di tempat kejadian, dengan api kelihatan di dalam flat berkenaan.
Seorang wanita kelihatan berada di belebas dapur untuk cuba menyelamatkan diri.
Menurut SCDF, kebakaran tercetus dalam ruang tamu flat itu dan dipadamkan menggunakan jet air.
Empat orang dibawa ke Hospital Besar Singapura dan Hospital Besar Ng Teng Fong.
Punca kebakaran masih sedang disiasat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.