Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Flat di Jalan Bukit Merah terbakar, 35 penduduk dipindahkan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seramai 35 orang dipindahkan menyusuli kebakaran di sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Jalan Bukit Merah pada Selasa (17 Mei). 

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan tentang kebakaran di Blok 117 Jalan Bukit Merah itu pada sekitar 11.35 pagi. 

Kepulan asap tebal dilihat di sebuah unit di tingkat sembilan. 

SCDF menyatakan anggota bomba yang menggunakan alat pernafasan "masuk secara paksa ke unit tersebut". Tiada sesiapa yang berada di dalam flat tersebut ketika itu. 

Kebakaran yang melibatkan barang dalam bilik tidur flat tersebut dipadamkan dengan menggunakan satu jet air. 

"Sekitar 35 orang dipindahkan dari unit-unit sebelah sebagai langkah berjaga-jaga. Tiada kecederaan yang dilaporkan," menurut SCDF dalam catatan Facebooknya. 

Siasatan awal menunjukkan kebakaran itu berpunca daripada sumber elektrik. 

Sekeping gambar unit tersebut menunjukkan rangka katil dan tembok yang terbakar. Kesan kebakaran juga dapat dilihat di luar blok tersebut. 

Kebakaran itu adalah yang terbaru dalam beberapa insiden yang dilaporkan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan