Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Flat di Beo Crescent terbakar angkara bateri basikal elektrik, kata SCDF

Anggaran Waktu Membaca:
Flat di Beo Crescent terbakar angkara bateri basikal elektrik, kata SCDF

Gambar: Singapore Civil Defence Force

Diterbitkan : 08 Apr 2022 09:06PM Dikemas Kini : 08 Apr 2022 09:06PM

SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berjaya memadamkan kebakaran di sebuah unit di tingkat 10, Blok 38 Beo Crescent pada Jumaat (8 April).

Menurut siasatan awal, kebakaran tersebut berpunca dari mengecas bateri basikal yang menggunakan kuasa (PAB) di ruang tamu unit itu.

SCDF tiba ke tempat kejadian pada sekitar 8.15 pagi. Setibanya mereka di tempat kejadian, api sedang marak dengan asap hitam yang tebal keluar dari unit berkenaan.

Anggota bomba memakai set alat pernafasan untuk memadamkan api dengan menggunakan jet air.

Sekitar 30 orang yang tinggal berdekatan unit terbakar telah meninggalkan unit masing-masing sebelum ketibaan SCDF. Tiada kecederaan dilaporkan.

Akibat kebakaran itu, seluruh unit berkenaan dan sebahagian koridor terjejas, menurut SCDF.

Majlis Bandaran Jalan Besar dalam satu catatan Facebook pada Jumaat menyatakan beberapa unit turut terjejas, dengan kebakaran itu merosakkan koridor dan beberapa kabel bekalan kuasa.

"Pasukan tindak balas pantas Majlis Bandaran Jalan Besar diaktifkan dan berada di lokasi untuk memeriksa penduduk yang terjejas," tambahnya.

"Kami juga bekerja rapat dengan agensi berkaitan seperti Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Jawatankuasa Penduduk (RC) untuk membantu mereka yang terjejas."

SCDF mengingatkan orang ramai tentang pencegahan kebakaran PMD dan PAB, termasuk tidak mengecas bateri untuk tempoh yang panjang atau semalaman.
 

Sumber : CNA/KF/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa