Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Flat BTO di Bukit Panjang hadapi gangguan bekalan air kedua dalam 3 bulan sejak setahun penduduk berpindah

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penduduk di flat-flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Bukit Panjang terputus bekalan air selama tiga jam pada Ahad lalu (19 Mac). Ini merupakan gangguan bekalan air kedua sejak mereka berpindah ke sana setahun lalu.

Majlis Bandaran Holland-Bukit Panjang (HBPTC) mengenal pasti kerosakan elektrik sebagai punca terputusnya gangguan air tersebut. Anggota Parlimen (AP) kawasan undi tersebut sedang menyiasat kejadian tersebut dengan pihak Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan kontraktor BTO.

Gangguan bekalan air yang menjejas para penduduk, yang tinggal di Blok 638A Senja Close, berlaku dari 11.00 pagi hingga 2.00 petang pada Ahad.

Selain bekalan air yang terputus, para penduduk juga mengadu bekalan air yang tidak bersih dan berwarna kekuningan dari 2.00 petang hingga 6.00 petang sebelum bekalan air pulih.

Dalam menjawab pertanyaan Mediacorp, majlis Bandaran tersebut menyatakan bahawa bangunan tersebut mengalami gangguan bekalan elektrik akibat gasket sanitari yang pecah pada injap kawalan.

Kebanyakan daripada 10 penduduk terjejas yang ditemu bual Mediacorp meluahkan kemarahan mereka akibat kesulitan yang berlaku dek gangguan berkenaan.

Seramai tujuh daripada mereka menyatakan bahawa ia bukannya pertama kali gangguan bekalan air berlaku di blok mereka.

Para penduduk yang ditemui Mediacorp sudah mendapatkan kunci rumah mereka dan berpindah ke projek Senja Ridges antara Februari dengan April 2022. Mereka sudah tinggal di flat BTO mereka selama tempoh purata setahun.

'TIDAK BOLEH DITERIMA SAMA SEKALI': AP

Menjawap pertanyaan Mediacorp, AP GRC Holland-Bukit Timah bagi Zhenghua, Encik Edward Chia, berkata: "Tentunya ini tidak boleh diterima sama sekali dan kami sedang menyiasat kejadian tersebut dengan HDB serta kontraktor yang terlibat."

Beliau bagaimanapun menekankan bahawa kedua-dua insiden tersebut, pada Januari dan Ahad lalu, tidak berkaitan. Encik Chia menambah bahawa beliau enggan lagi menimbulkan rasa cemas dalam kalangan penduduk.

"Insiden tersebut pada Januari adalah disebabkan kecuaian manusia," jelas beliau. "Seorang individu telah menukarkan tangki air tersebut daripada auto kepada manual, oleh it, tangki tersebut tidak diisi serta-merta apabila ia kehabisan air."

Cik Dorothy Cheung, pengurus perhubungan awam kanan HBPTC, berkata: "Majlis bandaran tersebut telah segera memeriksa sambungan kebersihan yang serupa dan telah menyelesaikan kitaran paip luaran yang mengalir ke seluruh blok.

"Sementara itu, kami juga sedang menyiasat dengan kontraktor BTO mengenai kegagalan gasket."

Mediacorp sudah menghubungi HDB untuk mendapatkan ulasannya berhubung insiden tersebut.
 
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan