Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Flat Ang Mo Kio terbakar; 7 orang dibawa ke hospital

Tujuh orang dibawa ke hospital selepas satu kebakaran "besar" berlaku di sebuah flat di Ang Mo Kio pada pagi Rabu (16 Jun), menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). 

Anggaran Waktu Membaca:
Flat Ang Mo Kio terbakar; 7 orang dibawa ke hospital

Satu kebakaran tercetus di Blok 123 Ang Mo Kio Avenue 6 pada 16 Jun 2021. (Gambar: SCDF/Facebook)

Diterbitkan : 16 Jun 2021 05:46PM Dikemas Kini : 16 Jun 2021 05:47PM

SINGAPURA: Tujuh orang dibawa ke hospital selepas satu kebakaran "besar" berlaku di sebuah flat di Ang Mo Kio pada pagi Rabu (16 Jun), menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Dalam satu catatan Facebook, SCDF menyatakan ia dimaklumkan tentang kebakaran di Blok 123 Ang Mo Kio Avenue 6 pada kira-kira 9.40 pagi Rabu.

Kebakaran berlaku di sebuah unit di tingkat tujuh blok berkenaan, menurut SCDF.

Blok tersebut juga menempatkan Rumah Rawatan AWWA yang terletak di tingkat dua hingga empat.

Para penghuni dan kakitangan AWWA sudahpun keluar dari rumah rawatan itu sebelum anggota bomba tiba, menurut SCDF.

Ia menambah sekitar 130 penduduk dari tingkat lima hingga sembilan blok itu kemudian dipindahkan oleh polis serta SCDF sebagai langkah berjaga-jaga.

Seorang penghuni unit yang terbakar itu dilihat berada di kawasan tangga di tingkat tujuh, menurut SCDF. Orang itu kemudian dibawa keluar dengan selamat oleh anggota bomba.

"Seramai tujuh penduduk dibawa ke Hospital Besar Singapura, Hospital Khoo Teck Puat dan Hospital Universiti Nasional Singapura kerana terhidu asap serta pening kepala," menurut SCDF.

Kebakaran itu dipadamkan dengan menggunakan sebuah jet air serta dua beg galas busa udara termampat.

Punca kebakaran masih disiasat. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan