Flash Coffee tutup semua 11 cawangan di SG; sangkal laporan pekerja 'mogok'
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Javier Lim and Christopher Lim)
SINGAPURA: Flash Coffee menghentikan operasinya di Singapura untuk memberi tumpuan kepada pasaran-pasaran lain, dedah syarikat itu kepada Mediacorp pada Jumaat (13 Okt), dalam responsnya kepada pertanyaan mengenai perniagaannya di negara ini.
Rangkaian kedai kopi yang berpangkalan di Singapura itu mempunyai sebanyak 11 cawangan, termasuk sebuah cawangan di Jurong Point di mana papan tanda pada Khamis menyatakan pekerja "mogok" kerana gaji lewat dilunaskan.
"Bercanggah dengan laporan tersebut, kakitangan kami di Singapura tidak melancarkan 'mogok'."
"Kami menghentikan operasi di 11 cawangan kami dan disebabkan itu, barista kami tidak perlu melaporkan diri ke tempat kerja," tambah syarikat itu.
Flash Coffee menyatakan bahawa untuk membina perniagaan yang menguntungkan dan mampan, ia "memutuskan untuk menyepadukan usaha masa depannya dan menggandakan usaha untuk menembusi pasaran-pasaran yang berpotensi.".
"Untuk memudahkan tumpuan yang diperbaharui ini, kami menghentikan operasi di Singapura semalam, yang membentuk 11 cawangan daripada (kira-kira) 200 cawangan di seluruh dunia," tambahnya.
Semakan di portal Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA) menunjukkan bahawa syarikat itu "sedang dibubarkan dan aset-asetnya akan dijual".
Pada 2021, ia hampir mempunyai 30 cawangan di Singapura.
Flash Coffee menyatakan ia sedang membantu kakitangannya secara proaktif.
"Sebahagian besar kakitangan ibu pejabat di Singapura sudah ditawarkan pekerjaan dalam pasaran-pasaran lain atau bersama dengan pasukan serantau kami. Selain itu, kami sedang menghubungkan barista kami dengan peluang pekerjaan dalam rangkaian kopi yang lain," tambahnya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.