FirstCom Academy digantung operasi 3 bulan, gagal patuhi garis panduan SkillsFuture
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: FirstCom Academy)
SINGAPURA: Penyedia latihan FirstCom Academy digantung operasi selama tiga bulan kerana gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh SkillsFuture Singapore (SSG).
Ini berlaku di tengah-tengah pemberhentian kerja di syarikat itu, yang memberi tumpuan kepada kursus singkat Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSG), merangkumi ciptaan kandungan digital hingga ke pemasaran media sosial.
Dalam kenyataannya pada Rabu, SSG menyatakan pihaknya sedang menyiasat amalan pemasaran dan mutu kursus FirstCom Academy sejak awal tahun ini selepas menerima maklum balas awam.
FirstCom Academy akan digantung operasi dari 1 Januari 2025 hingga 31 Mac 2025 berhubung "keprihatinan berkaitan penggunaan program rujukan bagi pemasaran, yang tidak mematuhi syarat SSG bagi penyedia latihan".
Semasa tempoh penggantungan itu, FirstCom Academy tidak boleh memulakan kursus WSQ.
SSG menyatakan pihaknya juga akan menggantung subsidi pendanaan bagi semua klursus di FirstCom Academy yang bermula dalam tempoh tiga bulan itu. Ini bermakna kursus-kursus itu tidak akan layak bagi subsidi yuran kursus pemerintah atau penggunaan Kredit SkillsFuture.
SSG juga akan membatalkan dua kursus WSG oleh penyedia latihan itu disebabkan "kelemahan dalam memastikan mutu kursus".
Menurut laman SSG, WSQ adalah sistem pentauliahan nasional yang "melatih, membangun, menilai dan mengesahkan kemahiran dan kecekapan bagi tenaga kerja".
Pelatih yang mana kursus mereka sudah bermula atau akan bermula sebelum tempoh penggantungan tidak akan terjejas, walaupun kursus itu berakhir dalam tempoh tiga bulan itu, jelas SSG.
Mereka yang mana kursus mereka belum bermula dan mereka yang tidak mahu meneruskan dengan FirstCom Academy boleh menghubungi syarikat itu untuk membuat aturan alternatif. Mereka juga boleh menghubungi SSG bagi kursus serupa yang ditawarkan oleh penyedia latihan lain yang berdaftar SSG.
Pundaknya terletak pada FirstCom Academy untuk memaklumkan pelatih yang terjejas bahawa mereka tidak akan menerima subsidi pendanaan bagi kursus mereka, dan bahawa mereka tidak akan mendapat Kenyataan Pencapaian WSQ, yang diberikan selepas tamat setiap kursus WSQ.
"FirstCom Academy harus mengambil masa ini untuk meningkatkan amalan dan piawai proses pemasaran dan penyampaian kursus," menurut SSG, sambil menambah bahawa ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penyedia latihan yang didapati terlibat dalam salah laku pemasaran.
Pemeriksaan oleh Mediacorp menunjukkan bahawa FirstCom Academy sudah membuat pengumuman di lamannya berhubung penggantungan itu.
"Bagi menyediakan pengalaman pembelajaran lebih baik, kurikulum kursus WSQ kami akan menjalani proses peningkatan pada Q1 2025. Harap maklum bahawa tiada kursus WSQ mahupun pendanaan kursus akan disediakan semasa tempoh ini (1 Jan hingga 31 Mac)," jelasnya.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.