Firma tempatan boleh jangkakan projek pencetakan 3D perindustrian lebih pantas
Syarikat-syarikat setempat boleh menjangkakan projek-projek percetakan 3D perindustrian yang lebih pantas.

SINGAPURA: Syarikat-syarikat setempat boleh menjangkakan projek-projek percetakan 3D perindustrian yang lebih pantas.
Ini setelah terjalinnya perjanjian antara Kelompok Inovasi Pengilangan Tambahan Nasional (NAMIC) dengan rangkaian percetakan 3D antarabangsa Jerman, "Mobility goes Additive" atau MgA hari ini (7 Mei).
Kerjasama itu membolehkan syarikat-syarikat tempatan mengakses rangkaian anggota MgA bagi mendapatkan bahagian-bahagian yang sesuai untuk percetakan 3D perindustrian dalam pelbagai sektor bekalan.
Matlamat akhirnya adalah untuk menjadikan percetakan 3D sebagai bahagian penting dalam rantaian pengeluaran.
Singapura juga melatih lebih 600 jurutera dalam bidang rekaan dan keupayaan proses percetakan 3D.
Ia adalah sebahagian daripada usaha pemerintah untuk mengembangkan industri tersebut.
Industri pengeluaran tambahan di Asia Pasifik sahaja dijangka meningkat kepada lebih AS$5.5 bilion (S$7.5 bilion) menjelang 2025.
"MOU dengan MgA akan membolehkan syarikat-syarikat tempatan memanfaatkan huraian-huraian guna segera (plug and play) dari para anggota rangkaian MgA, termasuk MNC Jerman terkenal seperti Siemens dan TÜV SÜD.
"Ini akan memendekkan tempoh dari pembuatan kepada pemasaran (sesebuah produk) bagi pembangunan huraian-huraian pengilangan tambahan dan meluaskan jangkauan pasaran bagi kedua-dua rangkaian industri global NAMIC dan MgA," kata Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan, Dr Koh Poh Koon.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.