Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Firma S'pura perlu teruskan perubahan sebagai sebahagian daripada visi ekonomi 2030

Anggaran Waktu Membaca:
Firma S'pura perlu teruskan perubahan sebagai sebahagian daripada visi ekonomi 2030

Seorang pekerja yang sedang membuat semakan pada komponen perkilangan. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Firma di Singapura harus meneruskan dengan inovasi dan perubahan sebagai sebahagian daripada usaha mencapai wawasan ekonomi 2030 negara, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Gan Kim Yong pada Isnin (25 Apr).

Pelan Ekonomi Singapura 2030 pertama kali diumumkan oleh Encik Gan semasa Perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bulan lalu. Ia menggariskan cita-cita dan pendekatan negara berasaskan empat tunggak utama iaitu, perkilangan, perdagangan, perkhidmatan dan perusahaan.

Dua puluh tiga Perancangan Perubahan Industri (ITM) yang dilancarkan pada 2016 untuk memacu perubahan dalam pelbagai sektor sedang ditingkatkan, jelas beliau.

"Yang paling penting sekali adalah kita harus mencapai perubahan industri dan perniagaan dan membangunkan perusahaan-perusahaan Singapura yang berjaya yang boleh bertahan dengan pertumbuhan kukuh dan mewujudkan kerjaya-kerjaya yang baik untuk rakyat kita," kata Encik Gan di Simposium Firefly anjuran kementeriannya dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Encik Gan berkata syarikat-syarikat harus teruskan usaha meningkatkan produktiviti. Beliau menyedari kesukaran yang dihadapi oleh firma-firma dek pasaran buruh yang semakin ketat dan mendedahkan bahawa pemerintah sudah bergerak dengan pantas untuk membuka semula sempadan dengan keadaan pandemik yang bertambah baik.

Namun hakikatnya, "akan ada had" kepada jumlah pekerja yang boleh Singapura tampung. Isu kekurangan buruh mungkin akan semakin dirasakan apabila ekonomi antarabangsa dibuka semula, tambah beliau.

Syarikat-syarikat harus berinovasi dan membina keupayaan mendalam serta mengubah semula model perniagaan mereka jika perlu.

"Dengan menghasilkan produk dan perkhidmatan yang tidak mudah ditiru, syarikat akan meraih premium yang tinggi serta mendapatkan lebih ramai pelanggan tetap," kata Encik Gan.

Encik Gan berkata bahawa kini akan cabaran-cabaran luar yang kian meningkat seperti perangan di Ukraine dan perubahan struktur yang akan mengubah landskap ekonomi antarabangsa.

Dunia juga harus bersedia menghadapi kadar inflasi tinggi yang berlarutan, bekalan yang terhad dan geopolitik yang tidak menentu. Pemerintah harus menguruskan antara pertumbuhan dan inflasi.

Sekalipun demikian, peluang pertumbuhan kekal dan Singapura "berada pada kedudukan yang selesa" untuk merebutnya, kata Encik Gan.

Simposium Firefly adalah acara besar pertama yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) sejak bermulanya pandemik.

Di simposium tersebut, wakil daripada Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan Enterprise Singapore (ESG) turut membentangkan daya usaha mereka untuk menyokong wawasan 2030.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan