Firma SG tebar sayap jangkaui Asia Tenggara berpotensi berkembang maju di Afrika
Anggaran Waktu Membaca:

KENYA: Syarikat-syarikat Singapura yang berjaya menebarkan sayap ke bahagian-bahagian lain Asia Tenggara berpotensi mencatat prestasi yang baik di Afrika.
Ini memandangkan kedua-dua rantau itu berkembang maju dengan pesat dan mempunyai keperluan yang serupa.
Demikian menurut Enterprise Singapore (EnterpriseSG).
Ini sedang perniagaan-perniagaan rakyat Singapura meninjau-ninjau peluang untuk berkembang menjangkaui rantau berdekatan dan di Afrika.
Tertarik dengan pasaran AS$3 trilion (S$4.04 trilion) benua tersebut, lebih ramai yang memilih membangunkan perniagaan di negara-negara seperti Uganda, Tanzania dan Afrika Selatan.
Pengarah Timur Tengah dan Afrika EnterpriseSG, Rahul Ghosh, berkata: "Syarikat-syarikat dari Singapura, di mana kepakarannya dalam bidang seperti perancangan bandar mampan, tenaga bersih, air, perawatan sisa air, mobiliti elektrik dan sebagainya, syarikat-syarikat ini akan mendapatkan pasaran sebenar dan baik untuk diceburi."
BERKEMBANG KE AFRIKA
Syarikat-syarikat Singapura sudah secara berperingkat meluaskan kewujudkan mereka di Afrika sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Kini, terdapat sekitar 100 syarikat beroperasi di 40 negara Afrika. Sebahagiannya sudah melakukan demikian selama lebih 20 tahun.
Peralatan-peralatan dapur Singapura, Newmatic, misalnya, membantu rakyat Kenya menghiasi dapur mereka.
Kemajuan bidang pembinaan di Afrika Timur membantu jenama itu berkembang pesat dalam tempoh lapan tahun lalu.
Jenama tersebut kini mempunyai tujuh bilik pameran dan sekitar 50 kakitangan di merata negara itu.
Ia juga sudah berkembang ke Uganda dan Tanzania semasa pandemik COVID-19, memandangkan masyarakat lebih banyak menghabiskan masa di rumah.
"Melihat rumah mereka, mereka memikirkan bagaimana cara untuk menaik taraf dapur dan rumah mereka. Jadi, mereka membeli lebih banyak produk kami," kata Pengarah Newmatic, Dave Choy.
"Selain itu, persaingan dalam pasaran semasa (pandemik), kebanyakannya ditutup disebabkan mereka berdepan kesukaran dengan rantaian bekalan. Kebanyakannya dibekalkan dari Eropah, maka mereka berdepan kesukaran dari segi rantaian bekalan, manakala produk kami dibekalkan dari Asia.
"Jadi kami beruntung. Malah, kami berkembang beberapa kali ganda semasa tiga tahun pandemik."
KONGSI MANFAAT
Firma teknologi pembersihan, Speco, yang menjalin rangkaian hubungan dengan perniagaan-perniagaan di sana, menyatakan ia menyaksikan terdapat minat bagi produknya, yang membersihkan satu-satu ruang dalam masa beberapa minit sahaja dan juga menghalau nyamuk.
"Teknologi itu masih baru bagi mereka. Harganya agak berpatutan, mereka mampu mengikut harga kami dan dapat melihat potensinya," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Speco, Benjamin Chua.
Sekalipun demikian, peniaga barangan mewah, GMT Investcorp, yang sudah berada di Afrika Selatan hampir tiga dekad, menyatakan isu-isu keselamatan masih kekal.
"Singapura ialah negara yang sangat selamat. Tidak banyak negara di dunia yang seperti Singapura," kata ketua pegawai eksekutif firma itu, Christina Tan.
Memberikan nasihat beliau kepada perniagaan-perniagaan yang baru di rantau itu, beliau menambah: "Anda mungkin mendengar banyak perkara yang tidak pernah didengar di Singapura, jadi bersiap sedia. Sebab itu, saya rasa untuk datang ke sini, anda perlu berani."
Untuk menangani risiko sedemikian, syarikat-syarikat baru bekerjasama untuk membantu antara satu sama lain dan berkongsi manfaat berniaga di Afrika.

Sumber : CNA/NK/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.