Firma SG dijangka wujudkan sekitar 24,000 pekerjaan berkemahiran: ESG
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AFP
SINGAPURA: Firma-firma tempatan bakal mewujudkan sekitar 24,000 pekerjaan berkemahiran dan menyuntik $17.8 bilion kepada ekonomi Singapura.
Ini hasil bantuan Enterprise Singapore (ESG) tahun lalu.
ESG bekerjasama dengan lebih 18,000 syarikat untuk membangunkan keupayaan perniagaan baru, inovasi dan meluaskan ke pasaran luar.
ESG juga membantu 2,000 firma menyerantau tahun lalu - 25% lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Selepas tiga tahun sempadan ditutup, sebilangan syarikat tidak sabar untuk memasuki pasaran luar negara.
Lantaran itu ESG menggandakan usaha untuk membantu perniagaan meneroka peluang seberang laut.
ESG menyasarkan untuk membantu pihak syarikat mengukuhkan rantaian bekalan dan mencapai skala lebih besar sambil mempelbagaikan perniagaan dalam pasaran luar negara.
ESG juga merancang membantu syarikat memulakan perjalanan mesra alam.

Sumber : CNA/RU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.