Firma SG catat prestasi lebih baik; lebih 60% dinilai 'kelas aset ASEAN'
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: TODAY)
SINGAPURA: Tadbir urus korporat di kalangan syarikat-syarikat Singapura bertambah baik tahun lalu.
Demikian menurut laporan penskoran terkini bagi syarikat-syarikat ASEAN dalam bidang tadbir urus korporat.
Ia menilai 100 syarikat teratas Singapura di bursa saham, berdasarkan ukur tara yang termasuk ketelusan, hak dan tanggungjawab lembaga syarikat.
Tiga syarikat dengan markah tertinggi dari Singapura ialah firma rangkaian gentian NetLink NBN Trust, bank UOB dan syarikat pengangkutan ConfortDelGro.
Di kalangan syarikat-syarikat Singapura yang ditinjau, lebih 60 peratus mendapat markah cukup baik untuk dinilai sebagai "kelas aset ASEAN", iaitu suatu tanda mutu bagi para pelabur.
Syarikat-syarikat tempatan yang berada dalam kategori ini tahun lalu, naik hampir lapan peratusan mata kepada 26.5 peratus, berbanding tahun 2019.
Firma-firma kini digesa terus meningkatkan amalan urus tadbir korporat masing-masing demi meningkatkan daya tarikan masing-masing kepada pelabur.

Sumber : CNA/DY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.