Skip to main content

Singapura

Firma SG, Biosyngen buka kemudahan imunoterapi

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih banyak pilihan bagi rawatan barah kini disediakan dengan pelancaran sebuah kemudahan bio-pengilangan baru.

Ia dibuka oleh firma Biosyngen yang berpangkalan di Singapura.

Kemudahan itu akan menghasilkan sel-sel baru bagi proses terapi sel.

Melalui terapi itu, sel-sel baru akan menggantikan sel-sel rosak di dalam badan, untuk meningkatkan sistem imun bagi melawan barah.

Kemudahan baru itu boleh menyokong pelbagai ujian klinikal, terutamanya dalam bidang yang masih dikaji, seperti ketumbuhan pejal dan rawatan limfoma.

Pembukaan kemudahan itu juga akan mewujudkan lebih daripada 200 pekerjaan dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Biosyngen kini bekerjasama dengan Pusat Barah Kebangsaan dalam mengenalpasti tanda-tanda barah bagi mendapatkan rawatan lebih berkesan.

Ada juga rancangan untuk bekerjasama dengan agensi-agensi penyelidikan terapi sel untuk merawat barah hati.

"Ruang bagi penyelidikan imuno-onkologi, imunoterapi masih agak baru, bermakna tidak begitu banyak ubat yang diluluskan di seluruh dunia.

"Dengan kemudahan ini, kita boleh melakukan penyelidikan lanjut, dan pembangunan proses lebih mendalam. Kami mampu membuat perubahan dan bagi Singapura itulah faedahnya. Jadi kemudahan ini memberi perkhidmatan kepada pesakit global.

"Namun, dengan kemudahan ini dibangunkan di Singapura, ia mempunyai akses yang lebih pantas kepada pesakit di sini. Jadi itu juga penting, ia mengenai kos penjagaan kesihatan, cara membuat rawatan lebih dimampui," kata Ketua Pegawai Perniagaan Biosyngen, Isaac Chow.

Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan dengan semua usaha itu, Singapura berada di landasan yang betul untuk menjadi hab serantau bertaraf dunia bagi terapi sel dan baka, yang mencapai kecemerlangan penyelidikan dan klinikal bagi memberikan penjagaan kesihatan yang lebih baik.
Sumber : CNA/KH/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita