Firma pertahanan Israel diundang sertai Pertunjukan Udara Singapura 2024 tidak disenarai hitam, dikenakan sekatan PBB
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Reuters
SINGAPURA: Penganjur Pertunjukan Udara Singapura 2024, Experia menyatakan bahawa syarikat-syarikat pertahanan Israel yang diundang ke sini tidak dikenakan sekatan-sekatan antarabangsa, senarai hitam atau embargo.
Semasa menjawab pertanyaan Mediacorp pada Rabu (6 Mac), pengarah urusannya Leck Chet Lam berkata bahawa amalan syarikat itu "selaras dengan piawai antarabangsa".
Encik Leck menambah: "Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian tidak dikenakan sekatan antarabangsa ke atas mereka dan dapat terus ikut serta dalam acara pertahanan antarabangsa yang diadakan di negara-negara lain selepas konflik (Israel-Hamas) tercetus."
Semasa Pertunjukan Udara Singapura 2024 pada bulan lalu, Kementerian Pertahanan Israel dan 11 kontraktor pertahanannya turut hadir, termasuk Israel Aerospace Industries, Rafael Advanced Defense Systems dan Elbit Systems.
Syarikat-syarikat tersebut telah mengambil bahagian dalam acara pertahanan antarabangsa yang diadakan di Australia, Dubai, Perancis, Poland, Korea Selatan, Thailand dan Amerika Syarikat.
Lebih 1,000 firma yang mengambil bahagian dari 50 negara atau wilayah, termasuk negara-negara dari Timur Tengah, dipamerkan di Pertunjukan Udara Singapura tahun ini, kata Encik Leck.
Acara tersebut, yang biasanya diadakan dua tahun sekali, disifatkan sebagai pameran aeroangkasa dan pertahanan antarabangsa paling berpengaruh di Asia di mana pihak-pihak berkepentingan dalam industri penerbangan global berhimpun dan saling memperluaskan rangkaian masing-masing.
Mediacorp sudahpun menghubungi Experia selepas Anggota Parlimen (AP) Nadia Ahmad Samdin memfailkan soalan di Parlimen bulan lalu untuk Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong. Cik Nadia bertanya tentang pertimbangan untuk membenarkan firma-firma pertahanan Israel mempamerkan senjata dan peralatan masing-masing di Pertunjukan Udara Singapura 2024.
AP GRC Ang Mo Kio itu menambah bahawa sebahagian daripada senjata tersebut dilaporkan telah digunakan oleh Angkatan Pertahanan Israel dalam perang Israel-Hamas.
Baru-baru ini, media antarabangsa yang lain, seperti Middle East Monitor, mempersoalkan sama ada senjata yang diuji di lapangan dipamerkan semasa Pertunjukan Udara Singapura 2024.
Dalam jawapan bertulisnya kepada Cik Nadia, Encik Gan berkata: "Pertunjukan Udara Singapura dianjurkan oleh Experia Events Private Limited, yang mempunyai budi bicara dalam mengundang peserta pameran, selagi peserta pameran tidak tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau Pemerintah Singapura.”
Encik Gan menegaskan bahawa pendirian ini konsisten dengan pendirian Pemerintah terhadap konflik Israel-Hamas, yang telah dijelaskan oleh Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan di Parlimen pada 29 Feb.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.