Skip to main content

Singapura

Firma pemula QIQ sasar lancar kereta mikro elektrik bagi perjalanan jarak dekat

Pada tahun depan sesetengah penumpang mungkin boleh melakukan perjalanan antara rumah mereka dengan stesen MRT menaiki sebuah kereta elektrik kecil yang mempunyai dua tempat duduk. 

Anggaran Waktu Membaca:
Firma pemula QIQ sasar lancar kereta mikro elektrik bagi perjalanan jarak dekat

Lakaran artis menunjukkan QIQ Pods di jalan raya. (Gambar: QIQ Global)

Diterbitkan : 12 Aug 2020 08:34AM Dikemas Kini : 12 Aug 2020 08:35AM

SINGAPURA: Pada tahun depan sesetengah penumpang mungkin boleh melakukan perjalanan antara rumah mereka dengan stesen MRT menaiki sebuah kereta elektrik kecil yang mempunyai dua tempat duduk.

Firma Singapura, QIQ Global, merancang untuk melancarkan kereta-kereta sewa mikro. Dipanggil QIQ Pod, kereta elektrik itu berukuran 2.4 meter dan selebar 1 meter.

Konsepnya serupa dengan kenderaan elektrik yang kini ditawarkan oleh BlueSG, kata Ketua Eksekutif QIQ Global dan pengasas bersama, Justin Sim.

Encik Sim memberitahu Mediacorp beliau yakin ada permintaan bagi kenderaan seumpama itu terutamanya di bandar seperti Punggol.

"Bagi ramai penduduk di Punggol, mereka masih perlu menaiki bas atau berjalan kaki bagi jarak yang panjang untuk sampai ke stesen LRT," kata beliau sambil menambah bahawa masih ada "banyak ketidakcekapan" dalam rangkaian pengangkutan awam di bandar itu.

QIQ Global, yang mengendalikan sekitar 400 e-basikal dan e-skuter di Hanoi, sebelum ini melahirkan minat dalam skim e-skuter sewa di Singapura yang kini sudahpun digantung.

Encik Sim berharap QIQ Pod akan menjadi produk unggul syarikat itu pada masa hadapan dan merancang untuk memperkenalkan antara 300 hingga 600 kereta mikro di Punggol.

Syarikat itu berhasrat untuk melancarkan satu ujian menjelang tahun depan, tambah beliau. Beliau juga berkata QIQ Global sedang dalam perbincangan dengan dua syarikat daripada industri pengangkutan dan logistik.

Bagi memastikan kenderaan itu digunakan bagi perjalanan jarak dekat, Encik Sim berkata ia akan dilengkapi dengan sistem perjalanan berdasarkan lokasi, yang menggunakan teknologi pengenalan frekuensi radio atau GPS untuk mewujudkan sempadan geografi maya.

Berbeza dengan kereta BlueSG yang perlu diletakkan di stesen mengecas, QIQ Global berhasrat untuk membuat kereta mikronya mengarahkan secara automatik ke stesen mengecas berdekatan.

Ini juga bertujuan untuk menggunakan kaedah yang disebut sebagai 'platooning', melibatkan sebuah kereta dipandu manusia yang mengetuai konvoi kereta tanpa pemandu menggunakan komunikasi tanpa wayar. Ini akan mengurangkan jumlah orang yang diperlukan untuk membahagikan kereta ke kawasan yang ia diperlukan.

Di luar waktu sibuk, para pemandu boleh menggunakan QIQ Pod untuk melakukan tugasan penghantaran bagi memanfaatkan sepenuhnya penggunaan kenderaan itu, kata Encik Sim.

Beliau menambah ia mungkin berharga S$2 untuk perjalanan dekat tidak melebihi 30 minit dan antara S$30 hingga S$50 sebulan bagi penggunaan QIQ Pod beberapa kali sehari.

Mereka yang menggunakan QIQ Pod bagi tujuan logistik pula perlu membayar yuran bulanan sekitar S$180 hingga S$240, kata Encik Sim.

Walau bagaimanapun, pakar ekonomi pengangkutan Walter Theseira dari Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura percaya bahawa kereta mikro mempunyai daya tarikan yang terhad. Beliau berkata memandangkan kenderaan itu berkemungkinan menggunakan satu lorong jalan raya, penggunaannya akan memberi sedikit kesan ke atas usaha untuk mengurangkan kesesakan. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita