Firma media sosial boleh didenda, disekat di bawah Rang Undang-Undang baru untuk tangani kandungan online berbahaya
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: CNA/Gaya Chandramohan
SINGAPURA: Platform media sosial tidak lama lagi mungkin perlu mematuhi kod amalan untuk menangani kandungan online berbahaya yang boleh diakses di Singapura, sebagai sebahagian daripada langkah-langkah di bawah Rang
Undang-undang Keselamatan Online (Pelbagai Pindaan) yang dibentangkan di Parlimen pada Isnin (3 Okt).
Syarikat yang gagal berbuat demikian mungkin didenda sehingga S$1 juta atau diarah bagi khidmatnya disekat di Singapura.
Di bawah Rang itu Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) diberi kuasa untuk menyekat atau memadamkan kandungan berbahaya yang boleh diakses pengguna tempatan melalui platform media sosial utama, menurut Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).
Ia termasuk kandungan yang menggalak perbuatan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri, kekerasan fizikal atau seksual dan pengganasan, kandungan yang menggambarkan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak, kandungan yang boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan awam di Singapura dan kandungan yang mungkin menyebabkan pergeseran kaum dan agama di Singapura.
Pada Mac, Menteri MCI Josephine Teo mengumumkan bahawa Pemerintah sedang meneroka kemungkinan memperkenalkan langkah-langkah untuk memastikan persekitaran online yang lebih selamat, termasuk bagi kanak-kanak. MCI melancarkan rundingan awam mengenai cadangannya itu pada Julai.
Pada Isnin (3 Okt), MCI menyatakan meskipun beberapa khidmat online sudah berusaha untuk menangani kandungan berbahaya, banyaknya kandungan tersebut yang tersedia ada kekal menjadi satu kebimbangan, memandangkan "tahap penembusan digital yang tinggi dan penggunaan meluas khidmat online" di Singapura, termasuk dalam kalangan kanak-kanak.

LAPORAN BERKAITAN: MCI terima lebih 600 pandangan untuk tingkatkan keselamatan media sosial
Rang yang dicadangkan itu akan memperkenalkan bahagian baru kepada Akta Penyiaran untuk mengawal selia perkhidmatan komunikasi online yang boleh diakses di Singapura, yang boleh disediakan dari dalam atau luar negara.
MCI menyatakan pendekatan kawal selia itu merangkumi dua bahagian utama: Memastikan perkhidmatan komunikasi online mematuhi kod amalan, dan menangani kandungan yang berbahaya.
Perkhidmatan media sosial merupakan salah satu jenis perkhidmatan komunikasi online yang akan ditetapkan di bawah Akta Penyiaran.
Di bawah draf kod amalan keselamatan online MCI, perkhidmatan media sosial dikehendaki menetapkan langkah-langkah untuk mengurangkan pendedahan pengguna kepada kandungan berbahaya dan membekalkan mereka dengan cara untuk menguruskan keselamatan mereka sendiri.
Kategori kandungan berbahaya termasuk kandungan seksual, kandungan ganas, bunuh diri dan kandungan mencederakan diri sendiri, kandungan buli siber, kandungan yang membahayakan kesihatan awam dan kandungan yang memudahkan maksiat dan jenayah terancang.
Pengguna harus mempunyai akses kepada maklumat keselamatan, termasuk sumber keselamatan yang berpangkalan di Singapura.
Parlimen akan membahaskan Rang Undang-undang itu pada bacaan kali kedua, yang dijadualkan pada November.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.