Firma logistik perlu lebih tangkas di tengah-tengah anjakan peraturan dagangan, teknologi AI baharu: Ng Chee Meng
Perubahan pada aturan perdagangan dan gangguan disebabkan kecerdasan buatan (AI) bermakna amat penting bagi firma-firma logistik untuk menjadi lebih tangkas, kata Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng.
Itulah sebabnya mengapa gerakan buruh sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat utama untuk membantu firma-firma lebih kecil mengubah operasinya.
Lantas, satu Memorandum Persefahaman dimeterai antara NTUC, ST Logistics dan SkillsFuture Singapore untuk membantu sekurang-kurangnya 150 syarikat kecil dan sederhana (SME) menajamkan kemahiran tenaga kerjanya.
15,000 pekerja dianggarkan meraih manfaat menerusi latihan dalam bidang seperti pendigitalan, kemampanan dan keselamatan di tempat kerja.
Firma-firma itu juga boleh memohon pendanaan daripada NTUC untuk membiaya sehingga 70 peratus kos projeknya.
"Rantaian bekalan tidak lagi hanya melibatkan pergerakan mudah barang-barangan dari titik A ke titik B.
"Ia akan melibatkan pembangunan rangkaian yang mudah disesuaikan, dijana AI, berdaya tahan - yang mudah memubat penyesuaian, tangkas dan boleh saya sifatkan, mampu atasi kejutan," kata Encik Ng.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.