Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Firma kejuruteraan jitu diberi lebih banyak sokongan pertingkat kemahiran

Syarikat-syarikat dalam sistem kejuruteraan jitu akan menerima lebih banyak sokongan bagi mendalami kemahiran, dengan peningkatan kepada skim yang bertujuan menjalin kerjasama antara para peniaga tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Nov 2020 06:46PM Dikemas Kini : 16 Nov 2020 09:09PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat dalam sistem kejuruteraan jitu akan menerima lebih banyak sokongan bagi mendalami kemahiran, dengan peningkatan kepada skim yang bertujuan menjalin kerjasama antara para peniaga tempatan.

Di bawah skim Kerjasama bagi Keupayaan Transformasi atau PACT, syarikat-syarikat boleh memanfaatkan sokongan biaya bagi kos-kos tertentu dengan tempoh lebih lanjut, sehingga Mac 2022.

Bercakap kepada pihak media selepas lawatan ke syarikat kejuruteraan jitu Rohde and Schwarz, siang tadi, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing mengatakan, langkah itu penting kerana sektor tersebut mempunyai potensi besar pertumbuhan, pasca COVID-19.

Menurut Encik Chan, dalam tahun-tahun mendatang, penggunaan khidmat 5G dan semua penerobosan baru dalam bidang teknologi, memerlukan bantuan sektor kejuruteraan jitu.

Dengan matlamat menjadikan Singapura sebuah hab kejuruteraan jitu di rantau ini, skim PACT akan ditingkatkan bagi membantu syarikat-syarikat menjalin kerjasama.

Perubahan itu menurut MTI, akan membantu para pengeluar peralatan asli (OEM) mempelbagaikan operasi dan rangkaian bekalan yang berdaya tahan, supaya dapat meningkatkan pendapatan.

Encik Chan juga menambah bakat kejuruteraan harus dipupuk secara berterusan dalam jangka masa panjang.

Maka itu, beliau berkata pelaburan dalam bidang tersebut harus berterusan, tidak kira apa saja cabaran yang dihadapi.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan