Skip to main content

Singapura

Firma kejuruteraan diarah henti kerja selepas kren tumbang di Universal Studios Singapore

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah firma kejuruteraan diarah supaya menghentikan semua operasi mengangkat dan kerja-kerja merobohkan pokok tiruan di Universal Studios Singapore selepas sebuah kren yang digunakan tumbang pada Sabtu (3 Dis).

Insiden tersebut berlaku pada sekitar 3.40 petang Sabtu, ketika kren tersebut sedang mengangkat struktur keluli, yang merupakan sebahagian daripada pokok tiruan yang dirobohkan.

Pengendali kren tersebut dapat keluar daripada kabin kren tersebut, namun mengalami cedera ringan di bahagian mukanya dan diberi rawatan segera.

Demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin (5 Dis).

Resorts World Sentosa, di mana terletaknya taman bertema Universal Studios, menyatakan tiada pengunjung mahupun anggota pasukannya cedera.

Menurut seorang jurucakap Resorts World Sentosa, pihaknya sedang menyemak semula insiden tersebut secara menyeluruh dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa.

Selain itu, pihaknya mengarahkan kontraktor yang mengendalikan tapak tersebut, supaya menghentikan sebarang kerja lanjut di tapak berkenaan sementara semakan dijalankan.

MOM menyatakan syarikat yang menggunakan tapak kerja tersebut, China Jinye Engineering Corporation, sedang bekerjasama dengan kementerian itu untuk mengalihkan kren berkenaan dengan selamat.

Sebanyak 10,429 kecederaan di tempat kerja dilaporkan pada separuh pertama tahun ini dengan 10,104 melibatkan kecederaan ringan.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita