Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Firma binaan S'pura diberi S$20 juta pacu inovasi, daya penghasilan

Anggaran Waktu Membaca:
Firma binaan S'pura diberi S$20 juta pacu inovasi, daya penghasilan

Pekerja hijrahan bekerja di sebuah tapak binaan di Singapura pada 14 September 2021. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 13 Jul 2022 06:02PM Dikemas Kini : 13 Jul 2022 06:02PM
SINGAPURA: Para pemain industri binaan boleh memanfaatkan lagi $20 juta dana pemerintah untuk membangun huraian-huraian inovatif dalam persekitaran binaan.

Ia merupakan tambahan kepada fasa pertama program Perikatan Teknologi Persekitaran Binaan yang bernilai $9 juta.
Antara lain, projek-projek berkenaan mengkaji cara-cara mengurangkan kos binaan dan meningkatkan daya penghasilan.

Projek lain termasuk meneroka teknologi pembinaan bawah tanah.

Ia hasil kerjasama Institut Teknologi Singapura, syarikat binaan Woh Hup dan pemain-pemain lain dalam industri.

Projek-projek itu mengkaji penggalian serta tiang dan batang keluli bagi kerja-kerja binaan bawah tanah.

Kerjasama industri sedemikian bertujuan mempercepat tempoh pembinaan dan menjadikannya lebih selamat serta mengurangkan kos.

Ia juga membantu meningkatkan para pemain dalam rantaian nilai bagi merubah industri.
Sumber : CNA/ZM/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa