Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Firma binaan, pengarah Fusion Builders didenda atas kelemahan keselamatan yang sebabkan kematian pekerja

Anggaran Waktu Membaca:
Firma binaan, pengarah Fusion Builders didenda atas kelemahan keselamatan yang sebabkan kematian pekerja

(Gambar: Pexels)

Diterbitkan : 06 Oct 2022 10:35PM Dikemas Kini : 06 Oct 2022 11:04PM

SINGAPURA: Syarikat binaan Fusion Builders dan pengarahnya, Ng Chin Sang, masing-masing didenda S$250,000 dan S$60,000 kerana gagal memastikan keselamatan di tempat kerja sehingga menyebabkan kematian seorang pekerja pada 2017.

Dalam satu kenyataan pada Khamis (6 Okt), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan syarikat tersebut dan Ng, 72 tahun, dikenakan denda pada 4 Oktober selepas mengaku bersalah atas kesalahan-kesalahan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja kerana tidak mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja. 

Kaliyaperumal Manikandan sedang bekerja pada ketinggian sekitar 7.7 meter di platform sebuah lif hidraulik di tingkat tiga bangunan pada 6 Jun 2017 apabila ia bertembung dengan kren yang sedang membawa beg sampah ke tingkat bawah untuk dibuang. 

Pertembungan itu menyebabkan platform berkenaan tumbang ke lantai menyebabkan Kaliyaperumal terjatuh dari platform tersebut. 

Kaliyaperumal meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialaminya. 

MOM menyatakan siasatannya mendapati beberapa kelemahan keselamatan oleh Fusion Builders yang menyebabkan insiden tersebut. 

Kelemahannya adalah: 

- Gagal memastikan hanya pekerja terlatih boleh mengendalikan kren dan lif hidraulik
- Gagal untuk mengelak penggunaan kren dan lif hidraulik pada masa yang sama 
- Gagal melaksanakan langkah-langkah untuk memberi amaran kepada pekerja di lif hidraulik tentang adanya kren 

Siasatan juga mendapati bahawa Ng sedia maklum tentang kelemahan-kelemahan tersebut, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan untuk membetulkannya. 

"Kematian ini boleh dielak jika Fusion dan Ng tidak cuai," kata Encik Sebastian Tan, Pengarah Badan Penyiasat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MOM, sambil menambah bahawa pelbagai pelanggaran keselamatan menunjukkan firma itu tidak mengutamakan keselamatan pekerja. 

"Semua pihak harus memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja diutamakan," ujarnya.

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan