Skip to main content

Singapura

Firma berpangkalan di SG terus berkembang di Afrika, jangka pulangan lumayan

Anggaran Waktu Membaca:
Firma berpangkalan di SG terus berkembang di Afrika, jangka pulangan lumayan

Petikan skrin video Mediacorp.

Diterbitkan : 27 Aug 2025 07:43PM Dikemas Kini : 27 Aug 2025 07:45PM
SINGAPURA: Firma-firma yang berpangkalan di Singapura terus menebarkan sayap di Afrika, dengan jangkaan pulangan dua angka.

Menurut firma-firma itu, Afrika menawarkan pertumbuhan jangka panjang dengan proses pembandaran yang pesat dan penduduk berpendapatan pertengahan yang berkembang.

Dua tahun setelah memperluaskan perniagaan di Nigeria, firma vitamin dan suplemen Singapura, LAC Global, kini akan memasuki pasaran Ghana.

Ia juga mengintai pasaran Afrika Selatan dan Senegal.

Sementara itu, firma komoditi pertanian Singapura, Valency International, pula mahu melaburkan sehingga AS$100 juta (S$128.9 juta) dalam loji-lojinya di Ivory Coast dan Nigeria untuk mengurangkan pengeluaran karbon pada rantaian nilai gajus di Afrika.

Benua itu menghasilkan sejumlah besar kacang gajus mentah di dunia.

Namun, Afrika bukan sahaja menarik perniagaan daripada pemain-pemain industri yang mantap.

Enterprise Singapore menyatakan ia menyokong empat kali lebih banyak projek peringkat kemasukan pada 2024 berbanding 2020.

Anak syarikatnya, Singapore Cooperation Enterprise (SCE), juga menyokong projek-projek kerjasama sektor awam dengan pemerintah luar negara.

Pengerusi Enterprise Singapore, Lee Chuan Teck berkata: "Sejak penubuhannya, SCE sudah menghulurkan sokongan kepada 38 projek merentasi 33 negara Afrika dalam pelbagai bidang termasuk pengajian kedudukan ekonomi, pembangunan latihan teknikal dan vokasional, perkhidmatan awam serta pembaharuan pencen."

Beliau berkongsi demikian di pembukaan Forum Perniagaan Afrika Singapura yang berlangsung selama tiga hari.

Rundingan sedang dijalankan bagi sebuah perjanjian pelaburan dua hala dengan Ghana.

Sebuah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) berpotensi dengan Masyarakat Afrika Timur juga dipertimbangkan sedang Singapura meneroka untuk meningkatkan hubungannya dengan rantau tersebut.
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita