Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Firma basmi serangga perosak sukar penuhi permintaan tinggi dek kekurangan pekerja

Anggaran Waktu Membaca:
Firma basmi serangga perosak sukar penuhi permintaan tinggi dek kekurangan pekerja

(Gambar: Try Sutrisno Foo/CNA)

SINGAPURA: Beberapa syarikat pembasmi serangga perosak di Singapura melaporkan kenaikan sehingga 35 peratus permintaan bagi perkhidmatan mereka dalam keadaan penularan denggi sekarang.

Bagaimanapun sebahagian permintaan itu tidak dapat dipenuhi segera kerana kekurangan pekerja.

Syarikat IKARI Services sedang berusaha mendapatkan lebih ramai pekerja bagi memenuhi permintaan bagi perkhidmatannya yang naik lebih sepertiga daripada lazimnya.

Lantaran itu, para pelanggan barunya terpaksa menunggu lebih lama.

Buat masa ini, syarikat pembasmi serangga perosak itu masih kekurangan 10 peratus tenaga kerja dan masalah itu tidak akan dapat diatasinya dengan cepat.

Apatah lagi para pekerja baru perlu menjalani latihan.

Permintaan lebih tinggi juga diterima syarikat Pestbuster.

40 peratus pelanggan syarikat tersebut mengurus kawasan-kawasan perumahan dan sejak wabak denggi sekarang bermula pada April lalu, bilangan pelanggan barunya naik separuh.

Selain itu, 20 peratus pelanggannya meminta langkah pencegahan tambahan seperti memasang perangkap nyamuk.

Anggota Parlimen (AP) SMC Mountbatten, Lim Biow Chuan, berkata mendapatkan khidmat syarikat pembasmi serangga perosak bukan satu-satunya huraian bagi menangani penularan denggi.

"Kita tidak boleh mengarahkan syarikat-syarikat pembasmi serangga perosak untuk melakukan semua tugas," kata beliau.

"Kita tidak boleh mengharapkan para pekerja pembersihan majlis bandaran untuk melakukan tugas itu kerana tidak kira seberapa ramai pekerja pembersihan yang kita ada, kita masih tidak dapat menjaga setiap isi rumah," jelas Encik Lim.

Encik Lim menambah bahawa pihak berkuasa akan terus bekerja rapat dengan syarikat-syarikat pembasmi serangga perosak untuk mengagihkan beban kerja yang diperlukan dengan lebih berkesan.
Sumber : CNA/IA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan