Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Firefly sambung semula penerbangan ke S'pura mulai 21 April

Syarikat penerbangan premium jarak dekat Malaysia, Firefly, akan menyambung semula penerbangannya ke Singapura mulai 21 April.

Anggaran Waktu Membaca:
Firefly sambung semula penerbangan ke S'pura mulai 21 April

Gambar fail pesawat Firefly (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 Apr 2019 09:22AM Dikemas Kini : 13 Apr 2019 09:29AM

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan premium jarak dekat Malaysia, Firefly, akan menyambung semula penerbangannya ke Singapura mulai 21 April.

Dalam kenyataannya pada Jumaat (12 Apr), FlyFirefly Sdn Bhd menyatakan penerbangan antara Subang dengan Lapangan Terbang Seletar akan mempunyai jadual dua kali sehari dari 22-28 April, diikuti enam penerbangan sehari selepas itu.

“Jadual tersebut mengambil kira langkah-langkah keselamatan yang ketat dan mematuhi keperluan teknikal ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.

“Tiket boleh dibeli mulai 12 April melalui laman web www.fireflyz.com.my, aplikasi mudah alih atau pusat panggilan di 03-7845 4543,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Philip See berkata penerbangan tersebut akan memainkan peranan yang penting dalam mengukuhkan hubungan ekonomi dan sosial antara kedua-dua negara.

“Ia penting kepada perniagaan, menghubungkan keluarga dan rakan-rakan, serta untuk pelancongan.

“Jadual baharu itu, bersama dengan penambahbaikan perkhidmatan yang lain, akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang," katanya.

Mengenai masa depannya, syarikat penerbangan itu menyasarkan untuk menyambung semula jadual penuh apabila kelulusan pengawalseliaan dan teknikal yang diperlukan sudah diperolehi kelak.

Firefly menggantung operasinya ke Singapura pada 1 Disember 2018, selepas Malaysia membantah prosedur Sistem Pendaratan Alatan (ILS) Lapangan Terbang Seletar.

Pada Sabtu lepas, Singapura mengumumkan untuk menarik balik prosedur ILS.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan