Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Finalis MasterChef S'pore, Azwandi Robani berhasrat buka kedai makanan sendiri

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Musim ketiga pertandingan memasak MasterChef Singapore semakin hampir ke penghujungnya.

Bermula dengan 18 tukang masak amatur yang menonjolkan kemahiran masing-masing di dapur, kini hanya tinggal tiga orang peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir.

Ketiga-tiga finalis ini adalah Johnathan Chew, 23 tahun; S ‘Nares’ Nareskanna, 32 tahun; dan Azwandi 'Andi' Robani, 41 tahun.

pic

Pada petang Ahad (3 Jul), para finalis pertandingan itu beradu kebolehan memasak namun, kali ini di hadapan khalayak ramai.

Orang ramai berpeluang merasakan air tangan ketiga-tiga finalis itu dalam satu acara 'cook-off'.

Para peserta diberikan masa 45 minit untuk menyiapkan hidangan masing-masing.

Setiap hidangan dicuba dan diberi undian oleh orang ramai.

Hidangan pau daging yang disediakan oleh Johnathan menjadi pilihan dengan meraih jumlah undian tertinggi.

Sementara itu, Nareskanna menyediakan hidangan udang bersama daun sireh dan Azwandi 'Andi' Robani pula menghidangkan sambal tumis udang.

Pada malam ini (3 Jul) juga, orang ramai akan mendapat tahu siapakah pemenang musim ketiga MasterChef Singapore.

pic

ANDI BERURA-URA BUKA GERAI MAKANAN SENDIRI

Bagi Azwandi, yang lebih mesra disapa sebagai Andi, beliau sama sekali tidak menjangkakan dapat melayakkan diri ke pusingan akhir pertandingan memasak ini.

"Bila saya masuk pertandingan ini, macam saya tahu semua hebat-hebat belaka jadi setiap minggu saya hanya lakukan yang terbaik, jadi ini benar-benar di luar jangkaan," kata Azwandi, 41 tahun kepada BERITAmediacorp.

Beliau yang bertugas sepenuh masa sebagai pengajar seni visual pula gemar menyuntik ciri-ciri artistik ke dalam hidangan yang disediakannya.

Ini seperti memberikan nama-nama kreatif kepada hidangannya.

Misalnya, hidangan sambal tumis udang yang disediakannya siang tadi diberi nama "Relax One Corner".

Berkongsi lanjut mengenai rancangannya selepas menyertai pertandingan ini, Azwandi berkata beliau merancang untuk membuka kedai makanan sendiri.

Ini di samping meneruskan dengan tugasnya sebagai seorang pengajar.

[ic

Azwandi berkongsi bahawa beliau juga mengendalikan perniagaan nasi mandi dari rumah.

"Saya masih akan mengajar tetapi saya juga nak ada kedai ataupun gerai makan, jadi mungkin apabila mengajar pun saya akan terapkan makanan dalam seni saya. Itulah dalam perancangannya tetapi tentu sekali ia berkaitan dengan makanan," ujar Azwandi.

Peringkat akhir musim ketiga MasterChef Singapore akan disiarkan di Saluran 5 dan meWATCH pada pukul 9.30 malam pada Ahad (3 Jul).

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan