Finalis MasterChef Ilya Nur Fadhly berkolaborasi dengan restoran halal Wong Fu Fu cipta resipi unik Indomie
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Anda gemar makan di piring panas ala-ala hidangan Taiwan?
Anda juga gemar pada aroma dan rasa Indomie?
Inilah peluang anda untuk menikmati gabungan kedua-dua elemen menarik itu di restoran piring panas Taiwan, yang halal dan yang pertama di Singapura.
Lebih menarik lagi, hidangan Indomie yang direka khas itu juga hasil ciptaan unik finalis Masterchef musim ketiga, Ilya Nur Fadhly!
Ini juga kolaborasi rasmi pertama Indomie dengan sebuah restoran di Singapura, menurut satu kenyataan media pada Isnin (31 Jul).
HIDANGAN INDOMIE UNIK BAGI TEMPOH TERHAD
Dari Selasa (8 Ogos) hingga Ahad (8 Okt) tahun ini, Wong Fu Fu akan menyajikan resipi unik yang dicipta oleh Ilya Nur Fadhly.
Hidangannya pula bukan calang-calang!

Ia antara lain terdiri daripada Burger Rendang Indomie, yang turut disajikan dengan "roti" yang diperbuat daripada Indomie yang rangup, serta Indomie Sotong Kicap Manis.
Jika anda bukan peminat makanan laut, hidangan menarik lain turut disediakan.
Indomie Daging 'Striploin' Panggang Kicap Manis dan Ayam Goreng Taiwan disaluti rempah kunyit juga boleh anda cuba.
Yang menariknya, sekiranya anda bernasib baik, anda juga berpeluang memenangi bekalan percuma Indomie selama setahun dengan setiap pembelian dua hidangan Indomie.

Sumber : AGENCIES/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.