Filem yang akan ditayangkan di Festival Filem Palestin tidak galak keganasan, permusuhan: Shanmugam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Filem-filem yang dicadangkan untuk festival filem seperti Festival Filem Palestin akan datang dan Festival Filem Israel pada Oktober lalu, tidak menggalak keganasan atau permusuhan terhadap mana-mana kumpulan dan boleh ditayangkan dengan klasifikasi umur yang sesuai.
Demikian menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam, dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh Saktiandi Supaat di Parlimen.
Encik Saktiandi bertanya apakah pengawasan kawal selia yang dijalankan ke atas Festival Filem Palestin di Singapura yang dijadualkan untuk berlangsung pada 12 hingga 21 hari bulan ini.
Klasifikasi oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) itu dibuat dengan rundingan bersama Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).
Encik Saktiandi juga bertanya apakah batasan yang dibenarkan untuk bagi mengadakan acara yang menyentuh tentang konflik yang masih dingin ini.
Beliau juga ingin tahu bagaimanakah keseimbangan bagi membenarkan rakyat Singapura meraih pemahaman yang lebih baik tentang keadaan dan memelihara keharmonian kaum dan agama yang dinikmati di Singapura diberikan.
Encik Shanmugam berkata selain permit yang untuk tayangan filem-filem tersebut, pendirian pemerintah adalah "permit tidak akan diberikan untuk acara awam dan perhimpunan berkaitan konflik Israel-Hamas. Ini disebabkan oleh kebimbangan keselamatan dan keselamatan. Perkembangan yang berkaitan dengan konflik Israel-Hamas adalah emotif, menimbulkan perbalahan, dan ketegangan yang tinggi.
DIALOG AWAM DAN FORUM TENTANG KONFLIK SUDAH DIADAKAN DI SINGAPURA
Menurutnya, pemerintah akur bahawa terdapat keinginan yang kuat di kalangan sebilangan rakyat Singapura untuk menyatakan pandangan mereka dan melakukan sesuatu terhadap konflik Israel-Hamas
"Terdapat beberapa dialog awam dan forum mengenai konflik itu yang memberi ruang kepada rakyat Singapura dari semua kaum dan agama untuk menyatakan pandangan dan kebimbangan mereka," kata Encik Shanmugam.
Institusi akademik seperti universiti dan kumpulan pemikir juga telah menganjurkan perbincangan mengenai konflik itu seperti “Ceramah Tokoh Terkemuka S R Nathan” yang menampilkan tokoh negarawan dan golongan cendekiawan yang dianjurkan oleh Institut Asia Timur dan Institut Timur Tengah NUS.
RAKYAT SINGAPURA INGIN LAKUKAN SESUATU YANG MANFAATKAN UNTUK BANTU
"Rakyat Singapura mahu lakukan sesuatu yang membina. Pemerintah menyokongnya. Pemerintah sudah pun menyokong beberapa acara mengumpul dana yang dianjurkan badan-badan amal seperti Persatuan Palang Merah Singapura dan Yayasan Rahmatan Lil Alamin dan rakyat Singapura telah menyumbang dengan murah hati," tegas Encik Shanmugam.
"Usaha pengumpulan dana sedemikian dilakukan dengan permit yang berkaitan akan menjadi cara yang baik untuk membantu mereka yang menderita. Sumbangan itu sepatutnya untuk tujuan kemanusiaan, untuk membantu orang awam yang terjejas oleh konflik, dan bukan untuk kegunaan ketenteraan atau keganasan," tambah beliau.
Sehingga 7 November 2023, rakyat Singapura telah menyumbang lebih daripada S$7 juta dalam bentuk wang tunai dan sumbangan barangan untuk menyokong bantu usaha bantuan di Gaza.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.